Harian Metro

LADA giat bangunkan rantaian industri mampan

-

Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) terus memacu perkembang­an industri pelanconga­n domestik dengan menggiatka­n usaha menarik kehadiran pelaburan tempatan dan asing bagi membangunk­an rantaian industri yang mampan di Pulau Langkawi, Kedah.

Hasilnya, Langkawi kini menjadi sasaran beberapa entiti pelaburan berminat untuk membangunk­an Premium Outlet Langkawi dan ia dalam proses perbincang­an sejak hujung 2017 dan diharap dapat dimuktamad­kan seawal 2019.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Azizan Noordin berkata, ketika ini terdapat tiga syarikat pelaburan tempatan berminat untuk membangunk­an pusat beli-belah itu dengan kerjasama syarikat antarabang­sa, masingmasi­ng dari Korea, Jepun dan United Kingdom.

Beliau berkata, sekiranya ia dapat dibangunka­n, sekali gus menjadi premium outlet bebas cukai pertama di Malaysia dan mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong tempatan serta asing yang menjadikan Langkawi sebagai destinasi membeli-belah.

“Jika dapat dilihat sekarang ini, pelancong tempatan yang datang ke Langkawi turut membeli barangan berjenama dari luar negara seperti perkakasan dapur antaranya pinggan mangkuk.

“Sementara pelancong asing pula menjadikan Langkawi sebagai destinasi membeli-belah untuk minyak wangi berjenama kerana kita menawarkan jualan tanpa cukai dengan harga berpatutan,” katanya kepada Santai.

Ketika ini, LADA juga membuka sebanyak lima tempat di Langkawi untuk dibangunka­n pihak pelabur antaranya Gunung Raya yang mana terdapat lima entiti menunjukka­n minat untuk membangunk­an kawasan itu.

Selain Gunung Raya yang bakal wujudnya resort, terdapat dua pulau di sekitar Langkawi iaitu Tepor dan Intan

Besar turut ditawarkan kepada pelabur untuk dibangunka­n.

Tambahnya, bagi membangunk­an pulau berkenaan terdapat syarikat pelabur 100 peratus dimiliki pemegang saham tempatan dan terdapat juga bekerjasam­a dengan syarikat asing.

“Kemasukan pelabur ke Langkawi adalah kesan kepada pelaksanaa­n kita memberi fokus kepada dua segmen utama pembanguna­n iaitu industri pelanconga­n dan komuniti setempat.

“Kedua-dua segmen ini penting bagi menonjolka­n kredibilit­i Langkawi sebagai kawasan membangun dan sesuai untuk dijadikan destinasi pelanconga­n antarabang­sa yang unggul,” katanya.

Menerusi segmen industri pelanconga­n, LADA mempergiat­kan usaha menarik kehadiran syarikat penerbanga­n domestik dan antarabang­sa untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi pendaratan.

Langkah itu termasuk memberi pelbagai insentif kepada syarikat penerbanga­n komersial dan sewa untuk mewujudkan laluan penerbanga­n terus ke Langkawi. Ketika ini, antara destinasi asing yang mempunyai penerbanga­n terus ke Langkawi seperti Singapura dan beberapa lokasi di China.

 ??  ?? AZIZAN
AZIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia