Harian Metro

Merenung SENGSARA LOMBOK

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Boleh saja kalau wanita ini meneruskan kehidupan selesa sebagai pemilik spa. Tidak perlu merentas hutan belantara untuk menjengah perkampung­an Orang

Asli, apatah lagi menerjah hiruk-pikuk kota yang musnah akibat bencana gempa.

Namun kata Rafizah Hashim, 51, dia amat bersyukur kerana jiwa dan hatinya sentiasa digerakkan Allah SWT untuk menyantuni orang yang memerlukan. Lebih daripada itu, dia juga percaya rezeki dan kemampuan diri yang dibekal Tuhan ketika ini adalah untuk dikongsi bersama.

Bertanya khabar barubaru ini, Rafizah berkata, dia kini dalam usaha membantu mangsa bencana di Lombok dan Palu, Sulawesi.

Malah dia begitu terkesan dengan pengalaman yang diperoleh ketika kunjungan pertamanya ke Lombok pada 15 September lalu.

“Saya ke sana mewakili Kembara Cintami untuk

Misi Bantuan Pemulihan Gempa Bumi Lombok bersama empat lagi badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Amal Relief Malaysia, Peduli Care, People Care dan Mahabbah Barokah.

“Jauh berbeza dengan program Kembara Cintami bersama masyarakat

Orang Asli di Malaysia, di sana saya melihat sendiri kesengsara­an dan penderitaa­n dihadapi mangsa bencana alam.

“Tiba saja di lapangan terbang, perasaan sudah bercampur-baur. Sebak dan sedih kian terasa apabila tiba di lokasi terjejas. Kami lihat majoriti penduduk masih mendiami khemah yang dibina sendiri.

“Itu pun bukanlah sempurna. Ada yang mendirikan sisa atap, khemah tidak berdinding, menumpang cebisan runtuhan, berteduh di bawah pokok dan kanvas lusuh. Ternyata mereka berani dan sanggup menerima ujian ini dengan tabah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia