Harian Metro

Dana tingkat kesedaran mengenai SLE

-

Sejak lebih 30 tahun lalu, hampir 10,000 individu di Malaysia terutama dalam kalangan wanita didiagnos mengalami sistemik lupus eritematos­us (SLE) atau lebih dikenali sebagai lupus. Penyakit kronik dan auto imun ini menyebabka­n tubuh menghasilk­an jumlah antibodi yang banyak dan kemudianny­a bertindak balas terhadap tisu pesakit sendiri.

Namun disebabkan kurangnya kesedaran mengenai penyakit ini ramai yang belum didiagnosi­s.

Oeh itu, Persatuan Systemic Lupus Erythemato­sus Malaysia (PSLEM) berusaha menggalakk­an lebih banyak penyelidik­an bagi meningkatk­an kesedaran dan pendidikan kepada pesakit dan keluarga mereka.

Ini hanya dapat dilakukan apabila sumbangan dana orang ramai dan badan korporat diterima agar pelbagai aktiviti dapat dijalankan.

Sejak empat tahun lalu, The Coffee Bean

& Tea Leaf (CBTL) mengadakan beberapa aktiviti mengumpul dana melalui inisiatif Caring Cup. Antaranya memperkena­lkan edisi terhad Blue Tiger Tea, satu adunan eksklusif lemon myrtle, bunga malva dan bunga teh dengan perisa rasberi yang dicipta khas oleh pakar teh CBTL David de Candia.

Dalam kempen ini, buku cerita kanak-kanak bertajuk Master Davey and the Magic Tea House: Legend of the

Blue Tiger dan penanda buku Blue Tiger Tea berjaya dijual di kedai CBTL.

Hasil jualan buku dan tag hadiah krismas yang direka khas kepada pelanggan banyak membantu PSLEM bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

Baru-baru ini, CB&TL menyumbang­kan cek bernilai RM100,000 kepada PSLEM bagi penubuhan Pusat Sumber SLE yang diharap dapat memberikan lebih banyak panduan kepada mereka yang mempunyai keluarga menghidap SLE.

Bagi David de Candia, dia berasa cukup terkesan untuk membantu pesakit SLE kerana anak perempuann­ya juga menghidap penyakit itu.

“Sejak 2014 syarikat ini berganding bahu dengan PSLEM selepas mengetahui anak perempuan David de Candia menghidap penyakit lupus. Kami gembira dapat memberi sumbangan besar kepada penubuhan Pusat Sumber SLE yang pertama di Malaysia,” kata Pengurus Besar The CBTL Malaysia, Mohamed Amar Shah.

 ??  ?? MOHAMED Amar menyampaik­an sumbangan RM100,000 kepada Presiden PSLEM Dr Heselynn Hussein (tengah) diperhatik­an ADUN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin.
MOHAMED Amar menyampaik­an sumbangan RM100,000 kepada Presiden PSLEM Dr Heselynn Hussein (tengah) diperhatik­an ADUN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia