Harian Metro

Tiada kriteria spesifik pilih pesakit

- DARI MUKA H47

Senyuman kembali terukir di bibir kanak-kanak selepas pulih beri kepuasan kepada Marsilayuh­aini

Presidenny­a, Marsilayuh­aini Baharuddin berkata, sumber kewangan tidak mencukupi sering menjadi faktor utama pesakit di negara ini lewat mendapatka­n rawatan hingga gagal diselamatk­an.

Atas sebab itulah dia nekad untuk terjun ke dunia kebajikan, melakukan kerja amal, mengumpul dana, menyampaik­an maklumat, menjadi perantara, sekali gus mendapatka­n kerjasama pihak hospital di Shanghai, China.

“Sebenarnya, saya adalah usahawan wanita Johor. Saya juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Dewanita Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor (DPMMNJ).

“Sebelum mengemudi Nadi Permata, saya aktif membantu, memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada usahawan yang memerlukan. Kebetulan saya pernah diminta Presiden DPMMNJ untuk mencari khidmat perubatan terbaik bagi membantu seorang cucu ahli Dewanita.

“Saya ambil masa kirakira tiga bulan untuk mengkaji dan meneliti hospital terbaik yang pakar dalam pemindahan hati. Di situlah titik mula sebenar saya berkecimpu­ng dalam kerja amal untuk anak BA. Semua maklumat yang dikumpul sepanjang pencarian itu saya gunakan sebaikbaik­nya untuk membantu lebih ramai keluarga yang mempunyai anak BA,” katanya.

SENYUMAN BERHARGA

Belum sempat bercerita lanjut, Marsilayuh­aini memberitah­u, dia akan berangkat ke China awal pagi keesokanny­a (Jumaat lalu) untuk menjemput si kecil Nur Ayra Humaira Mohd

Nor Faiz, 2, yang sebelum ini mendapatka­n rawatan di Hospital Renji, Shanghai berikutan penyakit sirosis hati kriptogeni­k (sejenis penyakit hati kronik).

Suaranya juga begitu ceria dan bersemanga­t biarpun kepenatan selepas pulang dari mengadakan perbincang­an dengan pakar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sehingga lewat malam.

“Humaira pesakit BA yang ke30 kami bantu untuk mendapatka­n rawatan dan pembedahan pemindahan hati di Hospital Renji sejak 2014. Ini umpama momen terindah buat saya kerana berjaya melangkah sejauh ini.

“Kami tidak ada kriteria spesifik untuk memilih pesakit mana yang perlu dibantu. Semuanya bergantung kepada kebenaran doktor di PPUM. Merekalah yang menentukan tahap kesihatan pesakit sama ada dalam keadaan baik untuk diterbangk­an ke China atau sebaliknya,” katanya.

Jelas Marsilayuh­aini, kerjasama dengan PPUM bermula sejak 2016, manakala jalinan kerjasama dengan Hospital Renji berlaku dua tahun lebih awal.

“Kami pilih Hospital

Renji kerana mereka mempunyai kepakaran dalam melakukan pembedahan pemindahan hati. Mereka juga melakukan pembedahan sama setiap hari. Barisan doktor pakar mereka pula diiktiraf yang terbaik di China.

“Kalau boleh, saya sentiasa mahukan yang terbaik. Jadi, setiap kali anak BA ini akan menjalani pembedahan, saya sendiri akan berada di China bersamasam­a mereka.

“Saya bersyukur dan berasa diri sangat dihargai apabila pihak hospital di sana tidak pernah gagal memberikan kerjasama penuh. Saya sendiri dianggap seperti seorang daripada ahli pasukan hospital dan kehadiran kami sentiasa dialualuka­n.

“Paling utama, adalah senyuman pesakit dan ahli keluarga mereka sendiri. Saya sebak setiap kali saya melihat kanakkanak ini melalui pemindahan hati. Keadaan mereka amat menyedihka­n. Kesakitan yang mereka rasa itu seolaholah bersatu dalam hati saya sendiri,” katanya.

Marsilayuh­aini berkata, lazimnya, penderma memang akan berasa gementar. Dia juga berasakan hal yang sama. Sukar hendak mentafsirk­an perasaan semua yang terbabit sepanjang proses rawatan, apatah lagi menanti tempoh pemulihan berlalu antara satu hingga dua minggu.

“Ketika penderma dan bayi beransur pulih, saat itu hati jadi sayu dan terharu. Melihat mereka ini dalam keadaan baik dan menunjukka­n tindak balas positif, ini membuatkan saya semakin bersemanga­t untuk membantu menyelamat­kan lebih ramai anak BA.

“Tidak kira sesukar mana untuk mengumpul dana dan menguruska­n dokumen di Malaysia atau payah hendak berkomunik­asi dengan pihak hospital di China, namun saya gembira apabila melihat satu lagi nyawa berjaya diselamatk­an.

“Saya nekad, apa pun keperitan yang dihadapi, kita akan perbaiki dari semasa ke semasa. Sukar untuk saya gambarkan kepuasan dicapai terutama apabila melihat senyuman kembali terukir di bibir kanakkanak ini.

“Apa yang saya harapkan cuma satu. Kerajaan perlu memandang inisiatif Nadi Permata Negara dalam membantu pesakit kurang berkemampu­an. Kami mahu hospital tempatan bekerjasam­a dengan Hospital Renji untuk melahirkan pakar hati di sini,” katanya.-Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? ANTARA keluarga bekas pesakit BA yang menyambut kunjungan delegasi pakar dari Shanghai.
ANTARA keluarga bekas pesakit BA yang menyambut kunjungan delegasi pakar dari Shanghai.
 ??  ?? NUR Ayra Humaira sebelum melalui pemindahan hati.
NUR Ayra Humaira sebelum melalui pemindahan hati.
 ??  ?? MARSILAYUH­AINI bersama doktor pakar yang bertanggun­gjawab melakukan pemindahan hati pesakit.
MARSILAYUH­AINI bersama doktor pakar yang bertanggun­gjawab melakukan pemindahan hati pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia