Harian Metro

Si merah jambu penyeri padang polo

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kejohanan Pink Polo KL 2018 bantu kumpul

dana untuk Yayasan Kanser Payudara

Sukan polo cukup sinonim dengan golongan raja dan bangsawan. Jika ada yang meminati sukan ini, mereka terdiri daripada lelaki. Jarang sekali wanita terbabit untuk bermain dalam dalam sukan elit ini.

Bagaimanap­un, sempena meraikan bulan Kesedaran Kanser Payudara Pink Oktober, Kelab DiRaja Selangor membawakan kemeriahan yang menjadi titik mula dalam sukan berkuda wanita menerusi Kejohanan Pink Polo KL 2018.

Acara polo amal itu mengalu-alukan pasukan polo wanita bersaing bagi meningkatk­an dana untuk Yayasan Kanser Payudara. Tampak unik apabila padang polo diserikan dengan kemunculan peserta berbaju merah jambu.

Lebih membanggak­an apabila kejohanan ini berjaya menarik perhatian peminat sukan polo dan ekuestrian serta komuniti yang komited memberi sokongan kepada pejuang mahupun bekas pesakit kanser payudara.

Pengerusi Bersama

Pink Polo KL, Datin Nurul Noorajala berkata, beliau berbangga dengan usaha memperkena­lkan acara itu sejak 2016.

“Acara ini memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk meneroka sisi unik dan luar biasa dalam diri mereka. Pada masa sama, kita juga membentuk komuniti ekuestrian dan suara unik untuk menyokong kempen kesedaran kanser payudara.

“Kami percaya Pink Polo KL berupaya membentuk rangkaian wanita terkuat dalam sukan polo dan lingkaran ekuestrian, sentiasa peka dengan kehendak serta keperluan terhadap komuniti hari ini mahupun pada masa depan,” katanya.

Kejohanan Pink Polo KL 2018 baru-baru ini menyaksika­n tiga pasukan bersaing untuk Piala Hale Sunny. Ia adalah piala penghormat­an kepada mendiang Sunset ‘Sunny’ Hale, seorang pemain polo wanita terkenal, yang meninggal dunia akibat kanser payudara pada 2017.

Hale adalah wanita pertama dalam sejarah polo yang memenangi Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat dalam era sukan itu didominasi lelaki. Dia diraikan sebagai tokoh inspirasi dan penggerak di sebalik perkembang­an polo wanita di seluruh dunia.

Selain kejohanan polo, terdapat juga Klinik Polo Khas di Kelab Polo DiRaja Selangor, sesi kayuh untuk amal di Aloha Cycle Club, gimnasium butik dan FlyProject. Antara pasukan yang menyertai kejohanan tahun ini adalah Windhorse AT6, LE TU Polo Team dan St Regis Polo.

Pasukan Windhorse

AT6 diwakili Hannah Daniels, Lim Siu Min, Lim Siu Tin, Jennifer Too dan Sarah Wiseman, manakala Pasukan LE TU Polo terdiri daripada Deborah Melissa Bottreau, Dr Tengku Uzira Uzir, Shahida Hasan dan Lia Salvo.

Sementara Pasukan St Regis Polo terdiri daripada Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, Nurul Noorajala, Ploy Bhinsaeng dan Marianela Castagnola.

Acara kemuncak lain termasukla­h perlawanan pameran mesra untuk amal antara Persatuan Polo Diraja Malaysia dan Kelab Polo Diraja Selangor. Kedua-dua pasukan bertanding merebut Piala Amax Mall. Ia bagi mempromosi­kan hubungan polo yang kuat antara Brunei dan Malaysia.

Tahun ini, Kelab Polo Diraja Selangor, melalui Kejohanan Pink Polo KL 2018, mencatatka­n kutipan RM70,000 untuk Yayasan Kanser Payudara, menjadikan jumlah keseluruha­n RM120,000 sejak 2016.

 ??  ?? KEJOHANAN sebagai tanda sokongan bela pesakit barah payudara.
KEJOHANAN sebagai tanda sokongan bela pesakit barah payudara.
 ??  ?? NURUL Noorajala (kiri) bersama pasukan wanita yang mengambil bahagian dalam Pink Polo KL 2018.
NURUL Noorajala (kiri) bersama pasukan wanita yang mengambil bahagian dalam Pink Polo KL 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia