Harian Metro

Galak pelawat prihatin terhadap haiwan

-

Disambut pada 4 Oktober setiap tahun, Hari Haiwan Sedunia adalah hari untuk menegakkan hak dan kebajikan haiwan. Membawa misi untuk meningkatk­an status dan taraf kebajikan kebajikan di seluruh dunia, sambutan yang mula diperkenal­kan pada 1925 ini bertujuan menyatukan usaha menjaga kebajikan haiwan di peringkat antarabang­sa. Ia juga menggerakk­annya menjadi kuasa global, sekali gus menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk haiwan secara keseluruha­n.

Meraikan sambutan Hari Haiwan Sedunia, Taman Hidupan Liar Sunway

Lagoon mengadakan kempen khas untuk mempromosi­kan inisiatif ke arah kemampanan.

Sesuai dengan peranannya sebagai zoo interaktif yang memaparkan lebih daripada 150 pameran spesifik spesies haiwan eksotik, pelbagai jenis burung, ikan, reptilia dan mamalia dari seluruh dunia, taman ini disifatkan unik dan mesti dikunjungi.

Konsep interaktif di sebalik daya tarikan taman hidupan liar ini menggalakk­an pelawat tidak hanya belajar mengenai haiwan, tetapi turut mendekatka­n diri dengan cuba mengenali spesies secara lebih rapat.

Tambahan Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon kini sudah meningkatk­an usaha ke arah menjadi lebih mampan. Taman tema itu mengumumka­n sokonganny­a terhadap dua Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Program SDG mengandung­i sejumlah 17 matlamat yang ingin dicapai oleh PBB pada 2030. Ia adalah panggilan sejagat untuk bertindak dalam usaha menamatkan kemiskinan, melindungi planet dan memastikan semua orang dapat menikmati kekayaan alam semula jadi.

Daripada 17 matlamat, dua disokong iaitu matlamat 12 dan 15. Ia bertujuan memastikan pola pemakaian dan pengeluara­n lestari, melindungi, memulihkan dan menggalakk­an penggunaan ekosistem terestrial, menguruska­n hutan secara lestari, memerangi desertifik­asi, menghentik­an dan menurunkan degradasi tanah serta menghentik­an kehilangan biodiversi­ti.

Pengurus Besar Sunway Lagoon, Sean Choo berkata, sebagai taman tema dikenali di Asia, pihaknya menyedari bahawa setiap usaha tidak kira besar atau kecil meninggalk­an kesan di mata masyarakat.

“Kami komited untuk memastikan matlamat pembanguna­n mampan tercapai, sekali gus mengukuhka­n komitmen untuk bertindak secara mesra alam dan lestari,” katanya.

Untuk Hari Haiwan Sedunia kali ini, Sean Choo berkata, pihaknya mahu mencipta pengalaman unik bagi semua pengunjung tanpa mengira peringkat umur.

“Kita mahu semua pengunjung merasai pengalaman mengunjung­i taman hidupan liar sambil belajar mengenai bagaimana hendak memainkan peranan dalam melindungi alam sekitar,” katanya.

 ??  ?? KANAK-kanak teruja melihat haiwan.
KANAK-kanak teruja melihat haiwan.
 ??  ?? TARIKAN di taman hidupan liar.
TARIKAN di taman hidupan liar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia