Harian Metro

Izo XPDC dapat anak

-

Baru-baru ini rakan SS hadir ke pelancaran album terbaru kumpulan metal legenda, XPDC yang berjudul Doa. SS dapati ramai juga rakan media hadir bagi memberikan sokongan.

Maklumlah, XPDC sendiri pun sudah lama tiada album baru dan peminat serta media amat merindui sentuhan berbisa mereka dalam lagu yang dihasilkan.

SS perhatikan wajah anggota XPDC iaitu

Izo, Ali, Eddie dan Lola tenang seiring dengan penghijrah­an mereka sekarang.

Keesokan harinya rakan SS bertemu lagi dengan tiga anggota XPDC dalam satu majlis lain pula tanpa Izo.

Apabila ditanyakan ke mana perginya Izo, barulah yang lain buka cerita Izo tak dapat hadir kerana dapat anak baru.

Sebenarnya isteri

Izo melahirkan anak lelaki pada hari yang sama dengan sidang media album Doa yang diadakan.

Pengacara sudah bersedia nak umumkan berita gembira ini kepada wartawan tapi tak jadi kerana Izo dikatakan segan atas alasan faktor umur.

Bagi SS, apa yang nak dimalukan kerana ini rezeki kurniaan Allah. Pasangan muda yang baru berkahwin belum tentu lagi dapat anak, tapi Izo berjaya membuktika­n kejantanan­nya.

Bagaimanap­un, SS ucapkan tahniah pada Izo. Mungkinkah bayi ini ikut jejak Izo sebagai pemain gitar seperti anaknya Arif yang kini terbabit dengan XPDC?

SS: Percaya setiap anak yang lahir ada rezekinya nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia