Harian Metro

Pelakon tunjuk lagak depan pengarah

-

Kalau lihat fizikal dan gaya jantan artis lelaki ini, SS percaya pasti ramai wanita yang tergoda dengannya. Bahkan dia juga amat lantang berkata-kata apabila menyentuh sesuatu isu membuatkan ramai kagum dengan keberanian­nya.

Malangnya itu hanya luaran, hakikatnya dia ada masalah disiplin yang teruk dan tidak mahu dengar cakap.

SS sendiri amat terkejut apabila mendengar cerita kurang enak mengenai disiplinny­a yang dikatakan ‘ke laut dalam’.

Sudahlah berlakon drama bersiri yang memerlukan tenaga yang banyak untuk menjayakan sesuatu babak tapi pelakon ini kuat merokok yang boleh mengurangk­an prestasi kerjanya.

Apabila masuk set dan perlu buat babak yang mencabar, tenaganya sudah lemah dan apabila ditegur pengarah, dia naik hantu.

Wah...ini sudah lebih. Belum apa-apa lagi sudah tunjuk lagak depan pengarah. Selama ini peminat teruja melihat lakonannya yang cantik di depan kamera tapi ia sebenarnya hasil kreativiti pengarah yang mencuba sebaik mungkin bagi menampak dan menyerlahk­an bakat pelakon ini di mata penonton.

Dek perasan hebat, pelakon tadi hilang peluang untuk berlakon sebuah filem yang kini dalam pembikinan.

SS turut difahamkan penerbit drama bersiri tadi masih mempertimb­angkan sama ada mahu ambil dia atau tidak untuk musim kedua nanti. Yalah...kalau sikap sama juga yang ditunjukka­n tentulah sakit kepala pengarah nak bekerja dengan pelakon ini.

SS: Elak buat perangai rugikan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia