Harian Metro

Pelan asal hancur berkecai

- Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

„ Dr Mahathir kecewa Pusat Pentadbira­n Kerajaan dibangun tidak ikut perancanga­n

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa apabila Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n di sini, tidak dibangunka­n mengikut apa yang dirancangk­an beliau sebelum ini.

Dalam temu bualnya dengan Wall Street Journal (WSJ), Dr Mahathir berkata, Putrajaya mempunyai terlalu banyak bangunan tinggi dan penduduk di sini dilihat lebih suka memandu berbanding berjalan di sepanjang jalan utama yang luas.

“Saya mahu membina sebuah boulevard seperti Champs-Élysées di Paris, dengan jalan raya dan banyak kedai,” katanya dipetik dalam temu bual itu merujuk kepada Persiaran Perdana, di sini.

Jalan raya tiga kilometer yang dipanggil oleh penduduk di sini melalui bangunan pentadbira­n di Presint 2 hingga 4 dengan Dataran Putra yang menempatka­n Pejabat Perdana Menteri di satu hujung dan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di hujung yang lain.

“Orang ramai akan

pergi berjalan-jalan dan menikmati kopi di kafe dan semua itu. Tetapi, penjawat awam, mereka mahu menjadi eksklusif. Mereka tidak mahu sesiapa di sana.

“Saya beritahu mereka jika anda berbuat demikian, maka seluruh bandar mati dan ia menjadi bahaya,” katanya.

Dr Mahathir juga mengadu mengenai pemandanga­n menara setinggi 564 kaki (171.9 meter) dari pejabatnya.

“Kenapa mereka mahu membina bangunan tinggi ini? Ia merosakkan segala-galanya,” katanya. Bangunan yang dirujuknya itu adalah bangunan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat setinggi 39 tingkat terletak di hujung jalan raya, bersama-sama dengan bangunan tinggi lain seperti Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.

Selepas Dr Mahathit berundur (sebagai Perdana Menteri keempat), banyak idea beliau yang dibatalkan oleh penggantin­ya, Tun Abdullah Ahmad Badawi termasuk sistem pengangkut­an monorel di pusat pentadbira­n ini yang kini hanya meninggalk­an terowong yang tidak disiapkan dan jambatan yang tidak dihubungka­n merentasi tasik buatan manusia.

Jambatan itu digambarka­n Dr Mahathir sebagai ‘satu-satunya jambatan tergantung yang tertangguh di dunia’.

Laporan WSJ turut melabelkan Putrajaya sebagai

(pusat kebudayaan yang tak berkembang) dengan pelancong bingung dengan kekurangan lokasi kedai makan yang ditawarkan sementara rancangan untuk membuka francais Hard Rock Cafe yang disokong Dr Mahathir dibatalkan pelabur.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia