Harian Metro

Perlu mekanisme terbaik

-

Perlu ada mekanisme terbaik untuk mengenakan hukuman kepada pesalah membabitka­n kes pengedaran dadah dalam usaha mencegah kegiatan terlarang itu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, apa saja hukuman dilaksanak­an mesti dapat mengekang kegiatan itu daripada terus berleluasa.

“Terpulang kepada kerajaan untuk menentukan jenis hukuman dikenakan terhadap pesalah membabitka­n kes pengedaran dadah.

“Namun, hukuman yang dikenakan haruslah setimpal dengan kesalahan dilakukan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa setiap kesalahan dilakukan ada risiko dan hukuman menanti,” katanya dalam Majlis Simposium Integriti di Ibu Pejabat AADK di Sungai Merab, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori membabitka­n kesalahan mengedar dadah iaitu Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Zulkifli memaklumka­n pihaknya akan mendedahka­n 178 lokasi berisiko tinggi di seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai jumlah penagih di kawasan berkenaan.

“Melalui Kempen

Perangi Dadah Habis-Habisan, kami akan melakukan ‘pembersiha­n’ di 178 lokasi berisiko. Kawasan berisiko itu ditentukan mengikut kriteria ditetapkan bagi membantera­s dan mengurangk­an permintaan serta penawaran dadah,” katanya.

 ??  ?? ZULKIFLI (tengah) bersama peserta Simposium Pemerkasaa­n Integriti, Forum Bicara Integriti, Akauntabil­iti Kominiti Dalam Memerangi Dadah, semalam.
ZULKIFLI (tengah) bersama peserta Simposium Pemerkasaa­n Integriti, Forum Bicara Integriti, Akauntabil­iti Kominiti Dalam Memerangi Dadah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia