Harian Metro

Misi rancak ekonomi Islam

- Muhammad Saufi Hassan cnews@nstp.com.my

Memberikan khidmat nasihat dan menjadi pemantau perkembang­an perniagaan untuk pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk bantuan modal.

Itu dilakukan oleh Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA) dalam menyantuni pengusaha IKS, sekali gus membantu mereka dalam perniagaan.

Presidenny­a, Zamri Zaimon berkata, lebih 170 pengusaha IKS bernaung dengan PEMA dan aspek bantuan diberikan adalah nasihat serta platform perniagaan.

“Kebanyakan usahawan IKS tidak tahu cara memasarkan produk, jadi kami sediakan platform seperti menempatka­n produk mereka di pasar raya besar.

“Bantuan dana juga kita salurkan kerana wujud kekangan tertentu bagi pengusaha IKS terutama dalam modal perniagaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kebanyakan pengusaha IKS sukar untuk mendapatka­n pembiayaan dan antara faktornya adalah persediaan serta dokumen yang tidak teratur.

Katanya, PEMA secara sukarela menawarkan program bantuan dan khidmat nasihat supaya perancanga­n perniagaan mereka lebih baik serta pengusaha terdedah dengan keperluan untuk menjadi usahawan berjaya.

“Produk mereka bagus dan saya boleh katakan untuk

„ 170 IKS bernaung bawah PEMA diberi bantuan khidmat nasihat

sesetengah segmen seperti pengeluara­n makanan, ia lebih baik berbanding syarikat besar.

“Kekangan utama mereka ialah prosedur ketat pembiayaan pinjaman dan tidak dinafikan ada juga sikap golongan pengusaha IKS yang perlu diperbaiki,” katanya.

Zamri berkata, pihaknya banyak melaksanak­an aktiviti mendekati golongan pengusaha IKS seperti program seminar, persediaan modal insan sebagai usahawan dan juga pendedahan dokumen perniagaan.

“Kami akan cuba bantu selesaikan masalah pengusaha ini dan mempersiap­kan mereka dengan pelbagai bentuk latihan yang relevan,” katanya.

 ??  ?? ZAMRI (dua dari kiri ) menyantuni golongan usahawan IKS.
ZAMRI (dua dari kiri ) menyantuni golongan usahawan IKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia