Harian Metro

Tinggal di rumah berdinding­kan kanvas

-

Ipoh: Melihat kesukaran hidup sebuah keluarga yang mendiami rumah yang hanya berdinding­kan kain kanvas di kawasan setinggan di tepi lombong di Desa Aman, Pengkalan di sini, sungguh meruntun hati.

Seakan tidak percaya kediaman yang kelihatan tidak ubah seperti setor penyimpana­n barang itu didiami oleh sebuah keluarga kecil dalam keadaan daif.

Itulah perasaan yang dapat dikongsi selepas membuat tinjauan bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pusaka, ke situ baru-baru ini, terutama menyaksika­n dua anak kecil yang masih belajar mengenal dunia menjadi antara penghuni kediaman berkenaan.

Sebaik menjengah masuk, kawasan yang dipanggil ‘ruang tamu’ hanya dipenuhi beberapa barang lusuh, lantai tanah yang berpasir

daif dan berhabuk, selain katil, kipas meja kecil dan televisyen sederhana kecil sebagai kelengkapa­n rumah.

Penghuniny­a, Noorain Jaafar, 27, berkata, dia bersama suami, Muhammad Hazman Zainal Abidin, 27, dan dua anak, Nur Safirah, 6, dan Nur Dania Aafiyah, 2, serta abang iparnya mendiami kediaman itu sejak kira-kira enam tahun lalu.

“Sebenarnya kami ada bilik kecil di bahagian belakang tetapi silingnya sudah bocor, tetapi saya dan anak beranak tetap tidur di dalamnya kerana hendak membaiki pun perlu membelanja­kan kos yang tinggi dan kami tidak mampu.

“Bahagian depan dinding hanya ditutupi kain kanvas, ruangan ini pula sebenarnya adalah kawasan cuci kereta, tetapi dijadikan ruang tamu dan abang ipar juga tidur di ruangan itu,” katanya.

Menurutnya, seluruh keluargany­a hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sendiri dengan pendapatan kira-kira RM200 sebulan.

“Kami hanya bergantung kepada pendapatan harian dan suami melakukan pelbagai jenis kerja, sebagai contoh mendapatka­n upah memotong kelapa atau daun pisang, memotong rumput dan bertukang rumah...itulah sumber pendapatan kami,” katanya.

 ??  ?? PRESIDEN Persatuan Pusaka, Abu Huzaifah Ahmad Puzi (kiri) bersama ahlinya, Aznizam Azahar, 32 (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Noorain.
PRESIDEN Persatuan Pusaka, Abu Huzaifah Ahmad Puzi (kiri) bersama ahlinya, Aznizam Azahar, 32 (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Noorain.
 ??  ?? NOORAIN bersama dua
anaknya Nur Safirah dan Nur Dania tinggal di rumah berdinding­kan kain dan kanvas
di Desa Aman.
NOORAIN bersama dua anaknya Nur Safirah dan Nur Dania tinggal di rumah berdinding­kan kain dan kanvas di Desa Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia