Harian Metro

Sakit kepala petanda barah otak

-

Kota Bharu: Kekerapan sakit kepala dalam tempoh dua tahun memberi petanda seorang bekas pemandu lori menghidap penyakit barah otak tahap empat.

Penyakit itu dikesan selepas Mohd Yasin Mat Said @ Muhammad, 39, yang tinggal di Kampung Gelong Gajah, Machang tidak dapat menahan sakit sebelum mendapatka­n rawatan di Hospital Kuala Krai, Februari lalu dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Kakak sulungnya, Hasmirah, 47, berkata adik ketiganya itu masih bujang kini terlantar dan tidak boleh bercakap selepas menjalani tiga pembedahan di kepala termasuk membuang air.

Katanya, sebelum ini adik ketiganya normal dan kerap mengalami sakit kepala dalam tempoh dua tahun.

“Adik saya ingat sakit kepala itu biasa dan hanya mengambil ubat yang dibeli di kedai untuk menahan sakit tanpa pergi mendapatka­n rawatan di klinik atau hospital.

“Namun, keadaannya menjadi semakin teruk Februari lalu sebelum menjalani pemeriksaa­n mesin pengimbasa­n tomografi berkompute­r (CT Scan) di HUSM dan disahkan menghidap barah otak tahap empat.

“Susulan itu adik menjalani tiga kali pembedahan di kepala antara Julai hingga September lalu termasuk terakhir bagi membuang air sebelum dimasukkan wayar dari kepala disalurkan ke perut serta menjalani 20 kali rawatan kemoterapi,” katanya di sini, semalam.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menyalurka­n ke akaun Bank Islam 0304502201­6391 atas nama Remelah Mat San.

 ??  ?? IBU Mohd Yasin, Remelah menjaganya di Kampung Gelong Gajah, dekat Machang.
IBU Mohd Yasin, Remelah menjaganya di Kampung Gelong Gajah, dekat Machang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia