Harian Metro

Tangguh belajar jaga emak sakit

-

Alor Setar: “Kalau boleh saya hendak tangguhkan pengajian kerana mahu menjaga emak yang perlukan perhatian selepas dia tidak boleh bergerak,” kata Mohd Khairul Adhar Mat Isa.

Mohd Khairul, 25, kini mungkin terpaksa ‘melupakan’ sementara hasratnya menyambung belajar buat sementara waktu kerana perlu menjaga ibunya, Siti S’adah Hussain, 62, yang menghidap kanser payudara tahap empat.

“Emak dikesan menghidap kanser payudara tahun lalu apabila tangan dan kakinya mempunyai masalah sebelum kami merujuknya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Doktor kemudian mengesahka­n emak menghidap kanser, malah sel kanser sudah merebak ke otak menyebabka­n dia tidak mampu bergerak hingga saya terpaksa melupakan hasrat menyambung pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Langgar di sini, semalam.

Mohd Khairul berkata, sudah menjadi rutin hariannya apabila dia perlu mencuci luka di payudara kiri dan mengelap seluruh badan ibunya serta menyuapkan susu khas melalui tiub saluran ke hidung ibunya.

“Seminggu sebelum Ramadan lalu, emak mula lumpuh dan langsung tidak boleh bangun selain hanya terlantar saja. Mujur ada duit pencen arwah ayah bagi menampung kehidupan kami ketika ini.

“Cuma saya harap pihak KUIS dapat memberi kelonggara­n dan membenarka­n saya menangguhk­an sementara pengajian dalam bidang al-Quran dan Sunnah,” katanya.

Orang ramai ingin membantu meringanka­n beban keluarga ini boleh menghulurk­an sumbangan kepada Mohd Adhar menerusi nombor akaun Bank Islam 0201102103­7822 atau Maybank 1520234918­69.

 ??  ?? PENGASAS Cancer Survivor Malaysia (CSM) Zuraini Kamal (kiri) menyampaik­an bantuan kepada Mohd Khairul (kanan) di rumahnya.
PENGASAS Cancer Survivor Malaysia (CSM) Zuraini Kamal (kiri) menyampaik­an bantuan kepada Mohd Khairul (kanan) di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia