Harian Metro

Jaga ke tali gantung

- Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

„ Pengawal keselamata­n bunuh wanita sedang berpantang dihukum mati

Seorang pengawal keselamata­n dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam kerana membunuh seorang wanita yang sedang berpantang pada Mac tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Mohd Azmirul Shamsuddin, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah bagi kes berkenaan.

Dalam penghakima­nnya, Mohd Azman berkata, pembelaan dilakukan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata.

“Justeru, mahkamah tiada pilihan kecuali menjatuhka­n hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja di sebuah kilang elektronik didakwa membunuh Rabiatul Adawiah, 24, di sebuah kediaman di Pangsapuri Mentari Court, Sungai Way, Petaling Jaya, jam 8.22 malam, 4 Mac 2015.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tertuduh diwakili peguam Halim Ashgar Mohd Hilmi dan pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim.

Pada 14 September lalu, Mohd Azman memerintah­kan tertuduh membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh.

Berdasarka­n hujahan pihak pendakwaan, asid deosiribon­ukleik (DNA) tertuduh ditemui pada lampin bayi yang digunakan bagi menutup mulut mangsa.

Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kedua-dua tangan dan kakinya terikat bersama bayi perempuann­ya berusia sebulan setengah yang tidur di sisinya.

Kejadian itu disedari suami mangsa yang baru pulang bekerja selepas mendapati pintu rumah berkunci dari dalam.

Beliau sebelum itu terpaksa memecahkan pintu rumah selepas gagal dibuka dengan kunci, malah panggilann­ya turut tidak dijawab.

Proses bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat mangsa mendapati wanita itu meninggal dunia kerana lemas.

 ??  ?? MOHD Azmirul dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, se m a l a m .
MOHD Azmirul dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, se m a l a m .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia