Harian Metro

Dua dijel simpan rokok seludup

-

Kuala Lumpur: Dua pembantu kedai runcit warga Indonesia dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah memiliki 192,840 batang rokok seludup pelbagai jenama, minggu lalu.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhka­n hukuman itu terhadap Fahrul Rozi, 20, dan Muhammad Syahrial Iqbal, 24, selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 10 Oktober lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Fahrul dan Muhammad Syahrial didakwa bersama memiliki 192,840 batang rokok yang dilarang diimport di bawah Jadual Ketiga, Bahagian ii, Butiran 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 bernilai RM19,154.40.

Antara jenama rokok berkenaan adalah Dunhill, Marlboro, Gudang Garam Merah dan Zon King Internatio­nal.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Muzamil Budi Enterprise, Jalan Pantai Indah, Pantai Dalam, di sini, jam 10.40 malam pada 10 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukaka­n mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Mahkamah Tinggi

Syariah di sini, semalam, menetapkan 14 November depan untuk ibu Allahyarha­m Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis memfailkan afidavit balasan terhadap bantahan awal dikemukaka­n menantunya berhubung permohonan warga emas terbabit mendapatka­n sijil faraid bagi pembahagia­n harta Jamaludin yang dianggarka­n bernilai lebih RM2 bilion.

Perkara itu dimaklumka­n peguam syarie, Datuk

Shamsuriah Sulaiman yang mewakili isteri Jamaludin, Puan Sri Dr Kalsom Ismail, 62, selepas pengurusan kes di depan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Siti Zulaiha Mohamad Mansor.

Pengurusan kes itu turut dihadiri ibu bekas Ahli Parlimen Rompin itu, Aminah Abdullah, 84, yang diwakili peguam, Nur Hidayah A Bakar.

Selain Kalsom, empat anak Jamaludin iaitu Ikhwan Hafiz, 31, Nur Anis, 33, Nurul Alyaa, 27, dan Noor Adila, 23, yang diwakili peguam syarie, Zuri Zabuddin Budiman turut memfailkan bantahan awal.

Pada 2 Mac lalu, Aminah memfailkan permohonan untuk mendapatka­n sijil faraid ke atas harta pusaka milik anaknya mengikut Seksyen 46 (ix) Akta Pentadbira­n Agama

Islam (Wilayah Persekutua­n) 1993.

Antara harta yang perlu dimasukkan dalam senarai untuk difaraid adalah lebih 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Makkah serta syarikat milik Jamaludin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia