Harian Metro

Tarik nafas lega bebas tuduhan rompak warga Bangladesh Syarat geli-geli

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Seorang lelaki menarik nafas lega apabila Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, melepas dan membebaska­nnya daripada pertuduhan merompak seorang warga Bangladesh dengan menggunaka­n pisau, kira-kira enam bulan lalu.

Hakim Mabel S Muttiah membuat keputusan itu terhadap N Vijendran, 32, selepas pihak pembelaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Vijendran didakwa melakukan rompakan menggunaka­n pisau terhadap Ismail, 26, dengan merampas wang tunai RM130 dan seunit telefon bimbit di sebuah kilang di Jalan TSB 9,

Kota Damansara, dekat sini, jam 3.20 petang, 21 April lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda serta sebat.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya,

Shazreen Nadia Zulkifli manakala Vijendran tidak diwakili peguambela.

Seramai dua saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil sepanjang perbicaraa­n kes.

Disyaratka­n membeli kalungan bunga pada harga sekitar RM50 hingga RM500 sebelum disajikan persembaha­n ‘tarian tiang’ mengghaira­hkan oleh pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Itu tarikan disediakan di sebuah pusat hiburan di Cheras di sini, yang dikesan menawarkan khidmat GRO warga China sejak beberapa bulan lalu bagi menarik pelanggan berhibur.

Bagaimanap­un, kegiatan tidak bermoral itu berjaya dihidu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang membuat serbuan di premis berkenaan awal pagi kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, serbuan pada jam 1.15 pagi membabitka­n 16 pegawai Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa JIM itu, berjaya menahan 21 wanita serta dua lelaki warga China yang bekerja di pusat hiburan berkenaan.

Bagaimanap­un, katanya, ketika serbuan dijalankan, semua pegawai terbabit terlebih dahulu terpaksa bergelut dengan pelanggan, pekerja serta GRO di pusat hiburan itu yang cuba melarikan diri dengan merempuh serta membuat provokasi.

“Tindakan mereka sudah dijangka. Kerana itu ketika serbuan dijalankan JIM bertindak mengepung premis bagi mengelak mereka melarikan diri.

“Dalam serbuan itu, seramai 49 individu diperiksa dan 23 warga China membabitka­n 21 wanita yang bekerja sebagai GRO, penari dan penyanyi serta dua lelaki yang bekerja di pusat hiburan itu berjaya ditahan,” katanya.

Mustafar berkata, hasil siasatan mendapati pusat hiburan itu ‘menyajikan’ kegiatan tarian lucah yang dimulakan dengan acara ‘catwalk’ diatas pentas terlebih dulu.

Katanya, pelanggan yang ingin melihat tarian ghairah serta lucah perlu membeli kalungan bunga dengan harga bermula RM50 hingga RM500 sebelum memakaikan­nya pada GRO yang disukai.

“Menerusi soal siasat dijalankan, kebanyakan GRO

„ Pelanggan diharuskan beli kalungan bunga sebelum disaji persembaha­n ‘tarian tiang’ GRO

terbabit memperoleh pendapatan antara RM1,000 hingga RM2,000 semalam menerusi kegiatan tidak bermoral ditawarkan.

“Kesemua mereka didapati melanggar undang-undang negara seperti menyalahgu­na Pas Lawatan Sosial selain masuk ke negara ini menggunaka­n Pas Pelajar dan Pas Ikhtisas,” katanya.

Menurut Mustafar, sebanyak 19 Borang 29 (Saman Saksi) dikeluarka­n kepada pekerja, pengawal peribadi serta pelanggan yang berada dalam pusat hiburan itu ketika serbuan dijalankan bagi membantu siasatan.

 ??  ?? ANTARA GRO warga asing yang ditahan.
ANTARA GRO warga asing yang ditahan.
 ??  ?? GRO warga China ditahan imigresen di sebuah pusat hiburan di Cheras.
GRO warga China ditahan imigresen di sebuah pusat hiburan di Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia