Harian Metro

Janji pulangan 10 kali ganda

- Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my

„ Aktiviti kaki judi bertaruh bola golek serendah 50 sen di kondo kena serbu

Dibenarkan bertaruh judi bola golek serendah 50 sen dan dijanjikan pulangan 10 kali ganda daripada nilai pertaruhan.

Kegiatan judi dilakukan di tapak pembinaan kondominiu­m, di Jalan PJS3/1 Taman Medan itu bagaimanap­un digempur Bahagian Antimaksia­t, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superinten­dan Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya menahan dua penganjur lelaki tempatan, enam pemain lelaki Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh menerusi Ops Judi Bola Golek, jam 8.30 malam.

Katanya, pihaknya turut merampas bahan bukti termasuk satu papan pertaruhan, empat bola getah, tiga alat penimbang, empat bongkah kayu dan wang tunai berjumlah RM1,470 bagi membantu siasatan.

“Operasi berjalan dengan baik. Semua individu ditangkap dan rampasan dibawa balik ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Pertaruhan dan Seksyen 6 (1) Imigresen,” katanya, semalam.

Dalam serbuan berasingan pada hari sama, Khaizam berkata, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan selepas mendapati terdapat beberapa tatu di badannya yang melambangk­an sebuah kumpulan samseng dikenali sebagai Geng 21.

Katanya, lelaki berusia 38 tahun itu diberkas menerusi Ops Cantas 100 meter dari lokasi serbuan pertama pada jam 8.45 malam.

“Lelaki itu mengaku terbabit dengan geng itu. Polis juga dapati Geng 21 memungut wang perlindung­an setiap bulan untuk menjaga beberapa lokasi sekitar tapak pembinaan di sini yang menjalanka­n aktiviti judi.

“Geng itu akan mengawal dan memantau pihak berkuasa serta ancaman berkaitan, manakala aktiviti itu dikatakan mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap hari,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa menyoal siasat lelaki tempatan yang terbabit judi bola golek. Gambar kecil, antara barangan yang digunakan untuk kegiatan judi dirampas.
ANGGOTA penguat kuasa menyoal siasat lelaki tempatan yang terbabit judi bola golek. Gambar kecil, antara barangan yang digunakan untuk kegiatan judi dirampas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia