Harian Metro

Mah Sing optimis sasaran tercapai 74 peratus

-

Kuala Lumpur: Mah Sing Group Bhd yakin strategi perniagaan­nya kini dalam landasan yang tepat dengan sasaran jualan hartanah kediaman berharga RM500,000 dan ke bawah kini berada pada kadar 74 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Ho Hon Sang berkata, pihaknya turut menyambut baik pengumuman oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

Zuraida Kamaruddin pada minggu lalu mengenai tiga kategori rumah mampu milik di Malaysia.

Katanya, kenyataan

Zuraida itu turut menekankan harga rumah diletakkan dalam kategori seperti RM150,000 dan ke bawah; RM150,000 hingga RM300,000 dan RM300,000 hingga RM500,000.

“Kami menerima baik pengumuman ini memandangk­an syarikat ini sudah membangunk­an projek rumah mampu milik sejak 2015 lagi.

“Ia adalah usaha bagi membantu orang ramai untuk memiliki rumah untuk didiami,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Selain itu, Hon Sang berkata, sejajar dengan itu, syarikat hartanah itu juga memulakan kempen Reinvent Affordabil­ity hujung tahun lalu, membabitka­n empat projek iaitu M Centura di Sentul, M Vertica di Cheras, M Vista di Pulau Pinang dan Fern fasa 2 di Meridin East, Johor.

“Pelanggan kami adalah keutamaan syarikat, jadi fokus kami adalah untuk menyampaik­an produk yang mendapat permintaan dan berada di sekitar kawasan strategik yang mudah diakses,” katanya.

April tahun ini,

Mah Sing melancarka­n persimpang­an pintasan bagi projek Southville

City di Bangi, memudahkan pergerakan keluar masuk ke perbandara­n itu.

Malah, bagi projek di Meridian Bayvue di Johor, syarikat itu turut membina jalan sebagai akses terus ke Lebuhraya Penyebaran Timur Johor Bahru selain jalan yang menghubung­kan projek itu ke Tanjung Langsat.

Ho berkata, pihaknya akan terus meningkatk­an nilai kepada pelanggan dengan membangunk­an produk yang terancang serta mudah diakses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia