Harian Metro

Sasar 15% jualan dengan trak pikap model baharu Harap dapat RM300 juta

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Shah Alam: Weststar Maxus Sdn Bhd, unit automotif The Weststar Group yang juga pengedar kenderaan jenama Maxus di Malaysia menjangkak­an jualan 10 hingga 15 peratus lebih tinggi berbanding 1,300 unit yang disasarkan tahun ini.

Pengarah Eksekutif The Weststar Group, Datuk Vikram Menon berkata, sasaran lebih tinggi berbanding tahun ini bakal dipacu pengenalan model baharu trak pikap dikenali Maxus T60 serta varian baru kenderaan komersial, Maxus EV V80 tahun depan.

Katanya, peningkata­n dalam sektor logistik menyaksika­n lebih banyak kenderaan komersial diperlukan untuk tujuan penghantar­an dan memainkan peranan penting dalam melonjak jualan kenderaan syarikat.

“Buat masa ini kita memasarkan dua model utama iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Maxus G10 dan kenderaan komersial, Maxus V80 yang boleh disesuaika­n mengikut keperluan perniagaan.

“Dengan pengenalan model dan varian baharu, ia membantu meningkatk­an jualan Maxus di Malaysia,” katanya di sini.

Hadir sama, Naib Presiden Bahagian Automotif dan Pertahanan The Weststar Group, Zainuddin Taib.

Mengulas mengenai unjuran jualan tahun ini, Vikram berkata, sejumlah 1,300 unit dijangka dijual Weststar Maxus sepanjang tahun ini merangkumi dua model utamanya iaitu Maxus G10 dan V80.

“Tahun ini, kita jangkakan 1,300 unit Maxus G10 dan V80 dijual. Setakat ini 80 peratus sasaran jualan 2018 dicapai dan kami masih ada dua bulan lagi untuk memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai.

“Kami yakin mencapai sasaran yang ditetapkan memandangk­an pelanggan iaitu syarikat dan orang persendiri­an memberi maklum balas positif terhadap produk Maxus,” katanya.

Beliau menjelaska­n, meskipun jenama Maxus masih lagi baru di Malaysia sejak 2012, rangkaian produk yang ditawarkan syarikat menerima sambutan menggalakk­an.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berharap kerajaan dapat memberi peruntukan sebanyak RM300 juta kepada sektor koperasi negara menjelang pembentang­an Bajet 2019 pada 2 November ini.

Presidenny­a, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, peruntukan itu bakal digunakan bagi melaksanak­an program dan aktiviti yang meningkatk­an nilai jualan dan perdaganga­n sektor koperasi di negara ini.

“Kami harap peruntukan dapat diserahkan terus kepada Angkasa untuk diuruskan kerana sebelum ini kerajaan memberi peruntukan RM100 juta kepada dua pihak iaitu Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) dan Koperasi Jaya Diri (Kojadi).

“Untuk kali ini, kami harap peruntukan RM300 juta ini dapat diserahkan terus kepada kami untuk diuruskan dan diagihkan kepada ahli Angkasa,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara Virtualfle­x Sdn Bhd (Virtualfle­x) dan ASEAN Co-Operative Organizati­on (ACO) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Virtualfle­x, Jamaludin Md Ali dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Norsiah Juriani Johari.

Virtualfle­x anak syarikat milik penuh Johor Corporatio­n (JCorp) yang fokus kepada perniagaan sistem pembayaran dalam talian manakala, ACO gabungan koperasi ASEAN dengan Malaysia diwakili Angkasa.

Beliau yang juga Presiden ACO berkata, jumlah peruntukan itu dilihat amat penting dalam membantu Angkasa mencapai sasaran sumbangan jumlah perolehan sektor koperasi RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

„ Permintaan Angkasa kepada kerajaan menjelang Bajet 2019 untuk rancak aktiviti

Sementara itu, Jcorp melalui Virtualfle­x menjalinka­n kerjasama dengan ACO untuk menawarkan kemudahan kad tanpa tunai dikenali Kash Prepaid MasterCard (Kash) kepada lebih 6.5 juta ahli Angkasa di Malaysia dan ahli koperasi gabungan ACO di rantau ASEAN.

Jamaludin berkata, perjanjian persefaham­an itu menyaksika­n Virtualfle­x menyediaka­n kemudahan tanpa tunai seperti dompet mudah alih, pembayaran kad prabayar serta transaksi dalam talian yang mudah, cepat dan selamat.

“Saya yakin penggunaan Kash ini dapat menarik lebih ramai pengguna menggunaka­n kad ini kerana ia bukan saja boleh digunakan untuk membeli makanan dan minuman malah melakukan transaksi dalam talian atau tambah nilai yang cepat dan selamat,” katanya.

 ??  ?? NORSIAH Juriani bersama kad Kash.
NORSIAH Juriani bersama kad Kash.
 ?? Vikram Menon ?? Tahun ini, kita jangkakan 1,300 unit Maxus G10 dan V80 dijual”
Vikram Menon Tahun ini, kita jangkakan 1,300 unit Maxus G10 dan V80 dijual”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia