Harian Metro

CINTA TAK DIRESTUI

- Agensi

„ Lelaki dibunuh bapa, keluarga kekasih sebelum mayatnya dicampak ke tapak pelupusan sampah

Seorang lelaki dibunuh bapa dan keluarga kekasihnya yang tidak merestui hubungan intim mereka.

Mayat Asep Tamimi, 27, ditemui di tapak pelupusan sampah di kampung Mekarsari, Bogor, pada jam 9 pagi, 4 Oktober lalu dan dipercayai dibunuh serta dicampakka­n ke situ beberapa jam sebelum itu, iaitu sekitar jam 2 pagi, lapor portal Seru Jambi.

Ketua Polis Bogor, Andi M Dicky dalam satu sidang media berkata: “Mangsa bercinta dengan anak perempuan suspek dan hubungan itu tidak direstui, malah keluarga terbabit lebih berang apabila dua kekasih itu sudah tidur bersama.

“Pada jam 4 petang, 4 Oktober lalu, abang kekasihnya datang ke rumah Asep menjemputn­ya ke rumah suspek.

“Bagaimanap­un, mangsa dibunuh sebelum mayatnya dicampak ke tapak pelupusan sampah.

“Mayatnya menunjukka­n kecederaan akibat objek tumpul pada belakang kepala, selain patah tiga tulang rusuk termasuk satu menusuk jantungnya.”

Mayat Asep yang berkemeja dan bersarung itu ditemui pekerja pembersiha­n.

Susulan itu, enam anggota keluarga ditahan seminggu selepas penemuan mayat Asep, lapor Tribun News.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Bogor, Benny Cahyadi berkata, bapa terbabit bersama anak lelaki dan menantunya antara suspek yang ditahan.

“Semua suspek memainkan peranan berbeza termasuk ada antara mereka yang ditugaskan membuang mayat,” katanya.

Polis turut merampas bahan bukti termasuk dua telefon bimbit, satu tukul dan pakaian mangsa.

 ??  ?? DICKY (tengah) menunjukka­n barangan peribadi Asep yang ditemui pada suspek. - Agensi
DICKY (tengah) menunjukka­n barangan peribadi Asep yang ditemui pada suspek. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia