Harian Metro

Minyak senjata Arab saudi

„ Riyadh akan bertindak jika dikenakan sekatan berkaitan kehilangan Jamal Khashoggi

- AFP

Riyadh akan melaksanak­an tindakan lebih besar jika dikenakan sekatan, termasuk oleh sekutunya, Amerika Syarikat, berkaitan kes wartawan Jamal Khashoggi yang hilang selepas mengunjung­i Konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Pengeluar minyak terbesar dunia itu menegaskan ia memainkan peranan utama serta efektif dalam ekonomi dunia.

Sabtu lalu, Presiden Donald Trump mengancam hukuman berat terhadap Arab Saudi jika terbukti Khashoggi yang sering mengkritik kerajaan Arab Saudi, dibunuh.

Menurut stesen televisyen milik kerajaan, Al Arabiya, negara berkenaan ada lebih 30 pendekatan yang boleh digunakan bagi memerangi semua sekatan.

Ia termasuk menggunaka­n urus niaga minyak dan pembelian senjata, kerjasama pertukaran maklumat antara Riyadh dan Washington serta berkemungk­inan berdamai semula dengan musuh tradisi, Iran.

Susulan kenyataan Riyadh ia akan bertindak jika dikenakan sekatan, Britain, Perancis dan Jerman mengeluark­an kenyataan bersama memberi jaminan ketiga-tiga negara itu akan menangani kehilangan Khashoggi secara serius.

Sementara itu, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman, berbincang melalui telefon mengenai kehilangan wartawan berkenaan.

Mereka berbincang cara menghentik­an tumpuan terhadap kes Khashoggi dan turut menekankan kepentinga­n mewujudkan kerjasama berkumpula­n dalam siasatan.

Kementeria­n Luar Arab Saudi menyatakan Salman turut menegaskan hubungan kukuh negaranya dengan Turki dalam perbualan telefon berkenaan.

Khashoggi hilang sejak masuk ke Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Media Turki dan barat menyatakan beliau dipercayai dibunuh dalam konsulat berkenaan, namun Arab Saudi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

 ?? - Agensi (Fail) ?? RAJA Salman dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
- Agensi (Fail) RAJA Salman dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia