Harian Metro

Tetap kukuh

- Agensi

„ Pemilik kediaman tiga tingkat pilih bahan, reka bentuk khusus sebagai persediaan hadapi taufan besar

Gambar menakjubka­n menunjukka­n sebuah rumah masih berdiri kukuh walaupun keadaan sekitar musnah akibat Taufan Michael yang melanda Mexico Beach, Florida, Rabu lalu.

Kediaman tiga tingkat dinamakan Sand Palace (Istana Pasir) cuma mengalami sedikit kerosakan akibat bencana itu dengan aras bawah serta tangga ke aras pertama musnah, namun aras atasnya masih dalam keadaan baik walaupun beberapa tingkap pecah.

Pemiliknya, Russell King, 68, memberitah­u New York Times: “Kami bernasib baik. Proses pembersiha­n dan membaiki rumah ini mungkin boleh selesai dalam sebulan berbanding orang lain.”

Katanya, dia memilih bahan dan reka bentuk khusus untuk rumahnya sebagai persediaan menghadapi taufan besar, lapor Daily Mail.

Sehingga kini seorang penduduk disahkan maut di Mexico Beach yang terdedah secara langsung kepada taufan itu tetapi penyelamat berdepan kesukaran akibat halangan di laluan utama dan timbunan runtuhan. Reuters melaporkan, 18 kematian disahkan, manakala puluhan penduduk dari komuniti Panhandle dilaporkan masih hilang akibat taufan berkenaan. Pasukan penyelamat menjangkak­an jumlah kematian akan terus meningkat.

Pasukan penyelamat dengan bantuan anjing pengesan masih meneruskan usaha mencari mangsa di sekitar runtuhan kediaman di beberapa pekan kecil seperti Mexico Beach dan Panama City.

Gabenor Florida, Rick Scott yang melawat keseluruha­n kawasan menggunaka­n helikopter bersama pegawai Agensi Pengurusan Kecemasan Florida (FEMA) berkata, fokus utama masih pada usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Lebih 1,700 pekerja mencari dan menyelamat telah digerakkan, kata pejabat Scott termasuk tujuh pasukan penyelamat air dan hampir 300 ambulans.

Sementara itu di Panama City, Ketua Jabatan Bomba Alex Baird berkata, pasukan mencari dan menyelamat kini sedang berada dalam fasa pemulihan selepas berputus asa untuk menemui mangsa yang terselamat.

 ??  ?? SAND Palace masih kukuh dikeliling­i kemusnahan. - Daily Mail
SAND Palace masih kukuh dikeliling­i kemusnahan. - Daily Mail
 ??  ?? SEORANG wanita melihat kerosakan dalam rumahnya di Mexico Beach, Florida. - AFP
SEORANG wanita melihat kerosakan dalam rumahnya di Mexico Beach, Florida. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia