Harian Metro

Empat sekeluarga maut ditembak

-

Texas: Empat terbunuh dan seorang cedera ditembak selepas pertelingk­ahan kecil ketika majlis ulang tahun pertama seorang bayi bertukar menjadi pergaduhan besar di Taft, Texas, lewat kelmarin.

Menurut polis semalam, semua yang terbabit dalam pertelingk­ahan mempunyai hubungan persaudara­an.

Menurut AFP, polis juga tidak menyatakan punca pertengkar­an terbabit.

Menurut laporan media Amerika Syarikat, polis sudah menahan seorang lelaki, Ronnie Rodriguez Jr, 20, yang dipercayai melepaskan tembakan itu dan memburu bapanya, Ronnie Rodriguez Sr, 37.

CBS melaporkan mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Juan Espinoza Sr, 62 serta tiga cucunya iaitu, Juan Sandoval III, 20, Jeremy Sandoval, 22, dan Nicky Sandoval, 35.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Juan Espinoza Jr, 43, ialah anak sulung Juan Espinoza Sr dan diterbangk­an dengan helikopter ke hospital.

Menurut CNN, saksi memberitah­u polis, tembakan itu bermula dengan pertelingk­ahan perkara kecil sebelum berkembang pantas hingga membabitka­n senjata api.

Walaupun polis mengesahka­n dua suspek termasuk seorang yang sudah ditahan, kejadian itu hanya membabitka­n sepucuk pistol.

Undang-undang Texas membenarka­n pendudukny­a membawa senjata api tanpa perlu menunjukka­nnya kepada umum menjadikan ia negeri ‘paling mesra’ senjata api. - Agensi

 ??  ?? EMPAT daripada satu keluarga terbunuh dan seorang cedera akibat ditembak ketika majlis hari jadi di Texas. - Agensi
EMPAT daripada satu keluarga terbunuh dan seorang cedera akibat ditembak ketika majlis hari jadi di Texas. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia