Harian Metro

CATAT SEJARAH

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

„ Amirul harap rakyat Malaysia bangga pencapaian skuad remaja

makan coklat dan mendengar muzik.”

Demikian reaksi kapten pasukan hoki negara Muhammad Amirul Hamizan Azahar sebaik skuad hoki remaja negara mencatat satu lagi sejarah gemilang di Sukan Olimpik Remaja (YOG) di

(gambar),

Buenos Aires, Argentina semalam.

Mereka menambah satu lagi pingat emas pada hari terakhir temasya berkenaan dengan menewaskan India dengan jaringan 4-2 untuk pingat emas kedua negara.

Sabtu lalu, pemain badminton perseorang­an wanita negara Goh Jin Wei mencipta kejutan dengan menghadiah­kan emas pertama negara.

Ia adalah pencapaian paling gemilang negara di temasya itu dengan memenangi dua pingat emas dan satu perak.

Pingat perak negara yang disumbangk­an oleh gimnas negara Rayna Hoh.

Skuad hoki bawah 18 negara mempamerka­n aksi memberangs­angkan apabila bangkit daripada ketinggala­n untuk menang ke atas jaguh Asia itu.

Gol skuad lima sebelah negara disumbangk­an oleh Muhammad Noor Firdaus Rosdi, Mohamad Akhimullah Anuar Esook termasuk Amirul Hamizan sendiri.

Malaysia mula meraih pingat di YOG 2010 di Singapura menerusi penerjun negara Pandelela Rinong yang menyumbang­kan dua perak.

Empat tahun kemudian di Nanjing, China, Loh Zhiayi juga dalam acara terjun menghadiah­kan satu perak dan satu gangsa.

 ??  ?? JIN Wei hadiahkan emas pertama negara. RAYNA sumbang pingat perak.
JIN Wei hadiahkan emas pertama negara. RAYNA sumbang pingat perak.
 ??  ?? SKUAD hoki remaja mempamerka­n pingat emas dimenangi di Buenos Aires, Argentina, semalam.
SKUAD hoki remaja mempamerka­n pingat emas dimenangi di Buenos Aires, Argentina, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia