Harian Metro

Dua gelaran tak cukup Lontar lebih jauh

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah mengakui tidak boleh leka dan perlu berusaha lebih keras dalam misi melakar gelaran hatrik Mr Universe, Disember nanti.

Kejayaan merangkul gelaran Mr Asia buat kali keempat awal bulan ini sememangny­a memberikan suntikan semangat untuk dirinya terus melakar kejayaan, namun ia bukanlah jaminan untuk dia mudah meraih kejuaraan.

“Saya sentiasa mahu dan berusaha untuk memberikan yang lebih baik. Impian sememangny­a membara mahu meraih Mr Universe kali ketiga berturut-turut, namun perlu diakui ia bukan mudah dan usaha ke arah itu memang perit.

“Terdapat beberapa negara Asia tidak menghantar peserta ketika saya meraih Mr

Asia di Pune, India pada awal bulan ini. Contohnya, Thailand dan Mongolia yang tidak menghantar atlet mereka, jadi saya melihat fokus utama mereka adalah meraih gelaran Mr Universe,” jelasnya.

Namun, jelas Syarul Azman, dia tidak mahu terlalu memikirkan mengenai lawan kerana fokusnya adalah ke atas diri sendiri dalam memastikan dia berada dalam kondisi terbaik bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Chiang Mai nanti.

“Saya hanya berehat tiga hari selepas menang di Pune. Kini saya sudah meneruskan latihan penuh dan menambah berat bagi mencapai tahap terbaik dalam tempoh kurang sebulan setengah lagi,” tambahnya.

Awal bulan ini, Syarul Azman menjuarai kategori Athletics Physique 170sm di Pune untuk memahat namanya sebagai Mr Asia buat kali keempat.

Dia meraih gelaran Mr Universe pertama pada edisi 2016 di Pattaya, Thailand disusuli gelaran kedua di Mongolia

tahun lalu.

„ Ziyad mahu cipta lebih banyak kejayaan tahun depan

Kejayaan mempertaha­nkan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajar­an) di Sukan Para Asia Jakarta 2018, membakar semangat dan motivasi Ziyad Zolkefli, untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Kini, sasaran utama Ziyad adalah untuk meraih emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia serta Sukan SEA Manila 2019, Sukan Para ASEAN Manila 2019, selain layak secara merit ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bagaimanap­un, ketika ini, Ziyad akan bercuti selama kira-kira tiga minggu bagi menyelesai­kan urusan keluargany­a yang tertangguh kerana terlalu sibuk dengan persiapan untuk menghadapi Sukan Para Asia Jakarta 2018, sebelum ini.

“Selepas cuti tiga minggu, saya akan kembali berlatih untuk memastikan prestasi saya sentiasa berada di tahap terbaik.

“Ini penting kerana sasaran utama saya pada tahun depan ialah menang pingat emas di Kejohanan Olahraga Para Dunia, Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Manila 2019 serta layak ke Olimpik Tokyo 2020,” katanya.

Minggu lalu, Ziyad membuktika­n kehebatann­ya apabila berjaya mempertaha­nkan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 pada Sukan Para Asia Jakarta 2018 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Indonesia.

Bekas peniaga kuetiau di Jalan Tunku Abdul Rahman itu melakukan lontaran sejauh 16.94 meter pada percubaan keenam untuk memecahkan rekod temasya 15.31m miliknya yang dicatat ketika temasya di Incheon 2014.

Ziyad muncul juara apabila menewaskan rakan senega- ra, Alif Awi yang merangkul pingat perak dengan catatan 13.09m, manakala atlet Thailand, Sanepoot Boonkong meraih gangsa (13.01m).

Kejayaan Ziyad itu memberikan pingat emas ke-14 buat kontinjen negara yang berjaya meraih 17 pingat emas keseluruha­n dan melepasi sasaran awal 15 pingat emas.

Untuk rekod, bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan itu juga pemegang rekod dunia lontar peluru lelaki F20, selepas dia melakukan lontaran sejauh 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London tahun lalu.

 ??  ?? ZIYAD (kiri) tekad tambah koleksi kejayaan tahun depan.
ZIYAD (kiri) tekad tambah koleksi kejayaan tahun depan.
 ??  ?? SYARUL Azman buru gelaran Mr Universe ketiga.
SYARUL Azman buru gelaran Mr Universe ketiga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia