Harian Metro

Jing En guna masa terluang fokus bidang akademik

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tiada kejohanan bagi baki musim ini membolehka­n perenang negara, Phee Jinq En menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajiann­ya di Universiti Purdue di Indiana, Amerika Syarikat.

Lebih menarik jurulatihn­ya di pusat pengajian berkenaan memberikan peluang kepada semua perenang untuk berlatih pada setiap waktu lapang berikutan masing-masing sedang sibuk dengan minggu peperiksaa­n.

“Saya masih belum memikirkan

(gambar)

mengenai sasaran ataupun kejohanan yang disertai musim depan, kerana memberi fokus sepenuhnya kepada bidang akademik,” kata perenang berusia 20 tahun itu ketika dihubungi NSTP, semalam.

Ujarnya, kelonggara­n itu membantuny­a untuk membahagik­an masa antara pelajaran dan latihan, kerana bukan mudah untuk seseorang atlet negara yang pada masa sama sedang menyambung pengajian.

“Apa yang penting bagi saya di sini adalah sentiasa memenuhi tuntutan latihan sembilan sesi walaupun diberi kelonggara­n oleh jurulatih,” kata Jinq En.

Ditanya mengenai pencapaian musim ini, perenang kelahiran Selangor itu mengakui dia berpuas hati dengan catatan masa dan keputusan yang dilakukan.

“Saya paling berpuas hati dengan pencapaian dicatatkan di Kejohanan Sukan Kolej Kebangsaan di Amerika Syarikat (NCAA) Divisyen 1 apabila berjaya mara ke saingan akhir 100 meter kuak dada.

“Saya juga sangat gembira dengan pencapaian di Sukan Asia Jakarta-Palembang dalam acara 50m kuak dada,” katanya.

Ketika di NCAA dia berjaya mencatat masa peribadi terbaik 59.32 saat seterusnya berjaya meraih penghormat­an All-American, satu pengiktira­fan buat atlet amatur dalam mana-mana bidang sukan di negara berkenaan.

Di Sukan Asia pula, Jinq En berjaya mara ke saingan akhir 50m kuak dada dan menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan 31.64s.

“Sekarang ini di dalam latihan saya cuba untuk memperbaik­i corak renangan untuk separuh terakhir,” katanya yang memberi bayangan tumpuan sepenuhnya bakal diberikan untuk mempersiap­kan diri menjelang Sukan SEA Filipina 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia