Harian Metro

Kaji mekanisme jamin masa depan atlet

-

Kuala Lumpur: Hala tuju pelajar sekolah sukan yang dilihat tidak menentu khususnya bagi kelompok yang gagal menempatka­n diri dalam bidang diceburi nyata menimbulka­n kegusaran dalam kalangan ibu bapa.

Walaupun pada awalnya mereka menyertai sekolah sukan dengan berbekalka­n matlamat kerjaya bergelar pemain kebangsaan dan mewakili negara pada masa akan datang, kegagalan merealisas­ikan cita-cita berkenaan menyebabka­n mereka akhirnya terpaksa melakukan kerja yang tiada kaitan dengan impian itu.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Titiwangsa, Mohd Zaki Ahmad mengakui situasi itu sememangny­a berlaku dalam arena sukan tempatan, sekali gus turut menyemat kerisauan dalam kalangan ibu bapa pelajar.

“Tugas kami memang menyediaka­n aset itu untuk masa depan, tapi kami tidak tahu ke mana hala tuju mereka (pelajar). Kapasiti sekolah adalah hanya sebagai pusat untuk melahirkan ramai pemain berkualiti dan sepatutnya itulah yang berlaku.

“Hakikatnya, mungkin hanya ada dua atau tiga saja yang berjaya pergi lebih jauh berbanding rakan mereka.

“Jadi, kegusaran yang saya maksudkan di sini adalah ke mana hala tuju kebanyakan daripada mereka dan apa nasib kelompok pemain yang tidak berjaya ini kerana mereka sebelum ini menyerahka­n segala-galanya untuk menjadi pemain negara.

“Begitupun, kesungguha­n terhadap latihan dengan sanggup berhujan berpanas bagaikan tidak berbaloi sehingga tumpuan mereka kepada pelajaran pula yang terjejas. Itu yang menimbulka­n kegusaran ibu bapa dan menjadi topik utama mereka apabila berjumpa saya.

“Tapi, sebahagian besar daripada mereka memang tidak akan dapat mengapai impian itu (menjadi pemain kebangsaan). Bukan mahu menafikann­ya, tapi itulah hakikat sebenarnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia