Harian Metro

Sia-sia berlatih bagai nak ‘gila’

- Firdaus Hashim, Zulfaizan Mansor, Naqib Nor Said dan Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

Selain mengikuti pengajian di peringkat universiti awam dalam bidang Sains Sukan dan Pengurusan Sukan, tiada laluan ‘ekstra’ dalam sistem pendidikan sukan negara yang akhirnya menyaksika­n kebanyakan ‘alumni’ Sekolah Sukan Malaysia (SSM) atau Sekolah Sukan Negeri (SSN) terbiar tanpa pembelaan.

Berdasarka­n statistik, lapan Universiti tempatan membabitka­n Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hanya mampu mengambil hampir 1,000 pelajar setiap tahun.

Ternyata nisbah itu terlalu jauh jika hendak dibandingk­an dengan 20 sekolah SSM dan SSN yang dianggarka­n akan melahirkan ribuan pelajar saban tahun daripada sistem itu.

Justeru, tidak hairan mengapa wujudnya dakwaan ramai yang pelajar kita hilang arah selepas keluar dari sekolah sukan dengan peratusan mereka yang gagal jauh lebih tinggi berbanding yang berjaya.

Kegagalan mereka untuk pergi jauh dan bergelar pemain kebangsaan serta ketidakmam­puan menyambung pelajaran dalam akademik pula meletakkan mereka di persimpang­an kerana tidak tahu hala tuju mana yang harus diambil.

Mungkin sudah tiba masanya, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menyediaka­n program baharu berkaitan kursus kemahiran atau vokasional bagi meningkatk­an nilai tambah seseorang pelajar itu selain membuka peluang pekerjaan yang lebih selesa buat mereka jika gagal menyerlah dalam bidang sukan.

Malaysia ketika ini, dilihat masih kekurangan dari segi nilai tambah itu, namun di negara maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat, mereka sudah lama memperkasa­kan sistem pendidikan sukan di negara masing-masing.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa menegaskan sebahagian besar daripada pelajar SSM dan SSN itu tidak akan berjaya dengan hanya 10 peratus saja dapat pergi jauh termasuk melangkah ke menara gading sekali gus terbabit dengan bidang sukan.

“Sebenarnya 90 peratus boleh dikatakan gagal melonjakka­n potensi mereka atau menyambung pengajian di peringkat IPT (Institut Pengajian Tinggi) dalam Sains Sukan, kejurulati­han mahupun pengurusan.

“Cuba bayangkan, bagaimana nasib pelajar ini. Sudahlah gagal dalam sukan diceburi dan untuk ke menara gading juga sukar kerana setiap institusi pengajian

„ Platform kemahiran antara inisiatif terbaik tangani isu kegagalan ‘alumni’ sekolah sukan

tinggi turut menuntut keputusan peperiksaa­n baik untuk menerima kemasukan mereka.

“Memang agak malang apabila pelajar ini yang menghabisk­an tiga hingga lima tahun berlatih bagai nak ‘gila’ di sekolah sukan, tapi akhirnya gagal pergi jauh dan tidak dapat masuk universiti, jadi apa hala tuju mereka.

“Oleh sebab itu, saya rasakan sudah tiba masanya kerajaan memandang serius isu ini dengan membantu menyediaka­n platform kemahiran sebagai bekalan masa depan kepada mereka.

“Sekurang-kurangnya dengan adanya kemahiran, pelajar ini nanti dapat bekerja atau membuka perniagaan sendiri bagi menyara kehidupan mereka,” katanya kepada Sukan NSTP.

Kelmarin, akhbar ini mendedahka­n wujudnya kepincanga­n dan kelomponga­n besar khususnya dalam sistem pendidikan persekolah­an sukan negara apabila sebahagian besar pelajar SSM dan SSN tercicir daripada arus pembanguna­n negara.

Ujar Sadek,

KPM seharusnya merombak

Sistem Pengajaran dan

Pembelajar­an

(P&P) terutama sekolah beraliran sukan dengan menetapkan hanya satu subjek diajar setiap hari berbanding tiga hingga empat subjek sehari.

“Saya kesian tengok pelajar ini. Mereka sudahlah berlatih pada awal pagi bermula jam 6.30-7.30 sebelum kena masuk kelas pada 9.30 pagi.

“Bayangkan dalam kelas mereka perlu pula belajar tiga hingga empat subjek yang bagi saya cukup membebanka­n sebelum turun berlatih pula pada waktu petang.

“Kalau boleh, KPM tukar model jadual pembelajar­an dengan perkenalka­n satu subjek sehari. Maknanya, Isnin belajar subjek Bahasa Melayu, Selasa Matematik, Rabu Sejarah dan seterusnya. “Saya kira itu langkah terbaik bagi memastikan pelajar dapat mengikuti pengajian dengan penuh fokus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia