Harian Metro

Selamat tinggal Les Bleus: Koscielny

-

kata Koscielny kepada Canal Plus.

“Piala Dunia akan kekal sebagai detik hitam dalam karier serta kehidupan saya. Saya sudah memberikan segala-galanya untuk Perancis. Saya sudah 33 tahun, sudah beraksi dalam dua kejohanan Eropah dan Piala Dunia. Bagi saya, kecederaan ini tidak mengubah apa-apa.

“Ia sudah berakhir buat skuad Les Bleus. Saya sentiasa menjadi penyokong Perancis, namun apa yang pasti, saya mungkin tidak menyarung jersi biru itu lagi.”

Koscielny kini kembali ke Arsenal sejak mengalami kecederaan pada pusingan kedua, separuh akhir Liga Europa menentang Atletico Madrid, musim lalu.

“Saya sudah ada pemikiran baharu. Akan ada Laurent sebelum dan Laurent selepas kecederaan. Saya mahu menjulang Arsenal dan mahu kembali secepat mungkin.”

– AFP Itali, Juventus membeli Cristiano Ronaldo pada musim ini adalah untuk menunjukka­n betapa seriusnya mereka mahu menang pada musim ini.

“Mereka (Juventus) mara ke final dua kali dan setiap kali mereka semakin hampir,” katanya. “Atletico Madrid akan bermain di gelanggang sendiri. Mereka adalah pasukan yang beraksi baik sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Beberapa pasukan akan turut berada di sana, dan saya berharap kami juga sama.”

City ketika ini menghuni tangga kedua Kumpulan F, Liga Juara-Juara selepas mengharung­i dua perlawanan berikutan kemenangan ke atas Hoffenheim tetapi tewas kepada Lyon.

 ??  ?? PEMAIN City meraikan kejayaan selepas Fernandinh­o menjaringk­an gol.
PEMAIN City meraikan kejayaan selepas Fernandinh­o menjaringk­an gol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia