Harian Metro

JANJI MANCINI

- Agensi

Rome

Pengendali Itali, Roberto Mancini memohon peminat pasukan itu supaya bersabar dengannya dan skuad kebangsaan negara itu dalam usahanya mengembali­kan semula era kegemilang­an Azzurri.

Itali mengakhiri deretan kemarau tanpa kemenangan dalam lima perlawanan semalam dengan menewaskan Poland 1-0 dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah namun Mancini menegaskan beliau tidak boleh menyelamat­kan pasukan itu seperti ahli silap mata.

„ Pengendali Itali harap peminat tak putus asa usahanya untuk kembalikan kegemilang­an Azzurri

>>Itali akhiri deretan kemarau tanpa kemenangan dalam lima perlawanan

Kemenangan ke atas Poland itu mengembali­kan peluang

Itali untuk mencabar saingan berkenaan dengan gol tunggal perlawanan dijaringka­n Cristiano Biraghi disebalik penguasaan yang ditampilka­n pelawat.

Mancini mengakui kagum dengan persembaha­n yang ditampilka­n pasukannya dan layak mengutip tiga mata penuh tetapi merasai peminat tidak perlu merasa terlalu teruja memandangk­an kali terakhir mereka mencatat kemenangan di tempat lawan adalah ketika bertemu Albania, setahun lalu.

“Semua pemain memberikan yang terbaik. Kami tahu ia akan mengambil masa, tetapi kemenangan ini diraih dengan cemerlang,” kata Mancini.

“Masih banyak yang boleh kami perbaiki, tetapi kami perlu bersabar. Ini adalah bola sepak.

“Anda secara tiba-tiba memperoleh gol yang tepat di penghujung perlawanan, gol yang anda layak dapat, tetapi perlawanan juga boleh berakhir seri, seperti yang berlaku sebelum ini.

“Era baharu sudah pun bermula, tetapi tiada perkara seperti silap mata.”

Kekalahan kepada Poland boleh mengakibat­kan Itali tersingkir daripada saingan Kumpulan A3 Liga Negara-Negara dengan juara Eropah, Portugal berada di puncak.

Skuad kendalian Mancini akan bertemu Portugal pada perlawanan berikutnya sebelum menoktahka­n musim 2018 dengan perlawanan persahabat­an bertemu Amerika Syarikat.

 ?? Roberto Mancini ?? Semua pemain memberikan yang terbaik. Kami tahu ia akan mengambil masa, tetapi kemenangan ini diraih dengan
cemerlang BIRAGHI (kiri) jaring gol tunggal buat Itali ketika bertemu Poland.
Roberto Mancini Semua pemain memberikan yang terbaik. Kami tahu ia akan mengambil masa, tetapi kemenangan ini diraih dengan cemerlang BIRAGHI (kiri) jaring gol tunggal buat Itali ketika bertemu Poland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia