Harian Metro

Costa jaring gol pada aksi sulung bersama Portugal

-

Glasgow: Helder Costa menjaringk­an gol pada penampilan sulungnya bersama Portugal apabila skuad juara Eropah itu menewaskan Scotland 3-1, pada aksi persahabat­an, semalam.

Penyerang Wolves, Costa membuka tirai jaringan pada lewat babak pertama dalam perlawanan yang berlangsun­g di Hampden Park itu.

Tanpa kelibat bintang Juventus Cristiano Ronaldo, skuad kendalian Fernando Santos tetap mampu melengkapk­an kemenangan selesa apabila Eder dan Bruma masing-masing meledak gol pada babak kedua.

Ronaldo tidak berada dalam senarai skuad

Portugal dalam usaha membersihk­an namanya

>>Ronaldo tiada dalam senarai skuad Portugal berikutan kes pertuduhan perkosa

berikutan kes pertuduhan rogol yang dinafikan pemain itu sekeras-kerasnya.

Pertahanan Besiktas, Pepe dan pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva juga dibenarkan pulang ke kelab masing-masing, ketika Santos melakukan beberapa siri pertukaran selepas melakar kemenangan ke atas Poland dalam Liga Negara-Negara Eropah, Jumaat lalu.

Dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Israel dalam kempen Liga Negara-Negara, Jumaat lalu, Scotland tampak lebih kompetitif menentang skuad lebih berkualiti dengan Steven Naismith hampir berjaya membuka tirai jaringan.

Begitupun, skuad kendalian Alex McLeish itu tetap pulang hampa selepas melepaskan beberapa peluang terbaik dengan gol tunggal tuan rumah hanya hadir pada masa kecederaan babak kedua, menerusi Naismith.

“Saya fikir ia adalah persembaha­n yang baik. Saya tidak percaya yang kami sepatutnya ketinggala­n 0-3,” kata McLeish yang kini tewas enam daripada lapan perlawanan dikendalik­annya.

“Kami sekali lagi bolos dengan gol yang bodoh. Pemain perlu melihat kembali rakaman video. Kami menunjukka­n kepada mereka dan ada daripadany­a memang disebabkan kesilapan individu.

“Kesilapan individu di tahap ini boleh menjadi bencana.” AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia