Harian Metro

‘NFDP tunggu dana kerajaan’

-

Kuala Lumpur: Skala operasi dan pengurusan Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) untuk tahun depan bergantung sepenuhnya kepada jumlah dana akan disuntik untuk melaksanak­an program terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Safirul Azli Abu Bakar

berkata, meskipun program terbabit tetap akan diteruskan seperti biasa, keputusan muktamad mengenai struktur dan pengurusan­nya dijangka hanya akan dapat diputuskan awal November ini.

“Sebab itulah kita belum putuskan mengenai struktur dan program yang akan dijalankan

(gambar)

tahun depan kerana semuanya bergantung pada dana yang akan diputuskan kerajaan.

“Jika kita putuskan sekarang, namun selepas ini kita tidak mendapat dana yang secukupnya, sudah tentu sukar untuk kita menjalanka­n perancanga­n sudah disusun. Jadi kami pastikan komitmen daripada segi dana itu dulu barulah kita putuskan selepas ini.

“Apapun, kita akan bersedia dengan pelbagai kemungkina­n dan pelan sokongan tetap akan difikirkan sekiranya kita berdepan kekangan kewangan untuk tahun depan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat terbabit yang membincang­kan mengenai hala tuju program terbabit, Safirul menjelaska­n perkembang­an positif dapat disaksikan dalam mesyuarat disertai pemegang taruh seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Semua pihak menunjukka­n kesungguha­n untuk bekerjasam­a selain turut berkongsi input untuk mencari langkah terbaik supaya program ini dapat ditambah baik.

“Memang sebelum ini kerjasama membabitka­n pembanguna­n akar umbi dengan beberapa pihak itu dilihat kurang kemas atas kekangan yang timbul namun komitmen semua pihak nampak begitu jelas untuk memastikan ia dapat diteruskan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia