Harian Metro

Tiga pasukan cuba ‘pancing’ Irfan

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Selepas pemain Terengganu FC (TFC) dikatakan mula dipancing pasukan lain, pengendali skuad itu, Irfan Bakti Abu Salim mengakui beliau juga turut dirisik untuk mengharung­i saingan musim 2019.

Namun, bekas jurulatih kelab Persipura Jayapura, Indonesia berusia 67 tahun ini tidak menganggap lamaran itu akan menyebabka­n fokusnya terganggu menjelang separuh akhir kedua

Masa depan dan hala tuju Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) bakal ditentukan oleh Jawatankua­sa Pemantau NFDP yang selesai bermesyuar­at, semalam.

Perkembang­an itu dimaklumka­n Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang menjelaska­n pihaknya akan membentang­kan rumusan dan cadangan yang terbaik berhubung program terbabit kepada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat. Piala Malaysia, bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Sebaliknya, pengendali yang membantu TFC beraksi semula pada pentas Liga Super musim ini selepas muncul naib juara Liga Perdana musim lalu, menyifatka­n tawaran itu adalah perkara biasa.

Ini kerana katanya, setiap pasukan akan melakukan persiapan termasuk memburu pemain dan jurulatih sebelum berakhirny­a musim Liga Malaysia (Liga M).

“Setakat ini sudah ada tiga pasukan menawarkan kontrak kepada saya untuk musim depan, tetapi lamaran itu tidak sesekali mengganggu persiapan saya kerana perkara itu sudah menjadi asam garam bagi jurulatih.

“Bagaimanap­un, saya tidak memikirkan isu itu kerana fokus utama ialah mahu membawa TFC mara ke pentas akhir dan menjuarai piala berprestij itu selepas gagal mara ke final dalam saingan FA musim ini,” kata Irfan.

Setakat ini, Irfan Bakti enggan mahu mendedahka­n tiga pasukan yang dikatakan berminat mendapatka­n khidmatnya.

 ??  ?? FOKUS Irfan (tiga dari kanan) mahu bawa TFC mara ke pentas akhir Piala Malaysia.
FOKUS Irfan (tiga dari kanan) mahu bawa TFC mara ke pentas akhir Piala Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia