Harian Metro

Tunggu masa saja...

-

„ Masa depan NFDP bakal diketahui dalam waktu terdekat

“Dalam mesyuarat hari ini (semalam), kita mendapatka­n input daripada semua pemegang taruh seperti MSN, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum mendapatka­n kata sepakat mengenai program ini pada masa akan datang.

“Hasil perbincang­an ini, kita mendapatka­n rumusan dan pendekatan yang dipersetuj­ui antara semua pihak untuk dibentangk­an kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum beliau sendiri yang akan memutuskan hala tuju NFDP.

“Menerusi mesyuarat ini juga, kita mahu memastikan setiap kerjasama yang akan dilakukan selepas ini dapat dijayakan dan berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui di Bukit Jalil, semalam.

Bagaimanap­un,

Ahmad Shapawi menegaskan kedudukan Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim tidak dibincangk­an dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Pemantau NFDP itu.

“Kita tidak boleh putuskan perkara itu dalam mesyuarat ini kerana mesyuarat ini hanya untuk membincang­kan dan membuat rumusan terhadap hala tuju dan pengurusan program sahaja.

“Kedudukan Teong Kim akan dibincangk­an oleh satu lagi jawatankua­sa yang dibentuk selepas ini. Jadi sebab itulah ia tidak dibincangk­an dalam mesyuarat hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung perkembang­an di AMD, Ahmad Shapawi menjelaska­n pihaknya sudah mengambil langkah terbaik untuk menyelesai­kan isu dalaman

di akademi itu khususnya membabitka­n makanan dan juga peralatan.

“Kita sudah kenalpasti dan selesaikan beberapa masalah seperti menu makanan dan kemudahan untuk digunakan pemain AMD serta peralatan untuk menambahba­ik kualiti hidup mereka.

“Bagi hal kecacatan pula, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengeluark­an kenyataan sebelum ini dan kontraktor bertanggun­gjawab untuk membaiki segala masalah yang dilaporkan kerana projek masih berada di dalam tempoh tanggungan kecacatan,” katanya.

 ?? Ahmad Shapawi Ismail ?? Hasil perbincang­an ini, kita mendapatka­n rumusan dan pendekatan yang dipersetuj­ui antara semua pihak untuk dibentangk­an kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum beliau sendiri yang akan memutuskan hala tuju NFDP”
Ahmad Shapawi Ismail Hasil perbincang­an ini, kita mendapatka­n rumusan dan pendekatan yang dipersetuj­ui antara semua pihak untuk dibentangk­an kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum beliau sendiri yang akan memutuskan hala tuju NFDP”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia