Harian Metro

Jumpa mayat muka ditutup baju

- Erika George cnews@nstp.com.my

Seramai 18 penghuni daripada tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di kawasan setinggan Kampung Pisang di Jalan Pesisir Pantai di sini, musnah dalam kebakaran, kelmarin.

Kejadian jam 6.30 petang itu menyebabka­n semua penduduk tidak sempat menyelamat­kan barangan berharga kerana api marak dengan pantas membakar rumah di kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 6.40 petang sebelum 13 anggota bergegas ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran.

Katanya, api marak dengan cepat memandangk­an struktur rumah dibina menggunaka­n kayu dan papan, selain ia dibina terlalu hampir antara satu sama lain.

“Pasukan operasi mengalami kesukaran untuk masuk ke lokasi kejadian memandangk­an laluan yang sempit menyebabka­n jentera bomba mengambil masa untuk memasuki kawasan yang terjejas.

“Ketiadaan bekalan air daripada pili bomba di lokasi kejadian menyebabka­n jentera tangki air bomba dipanggil ke lokasi, selain tiada sumber air terbuka yang dapat digunakan untuk memadam api,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam

7.15 malam, namun punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Katanya, semua mangsa kini tinggal sementara di rumah saudara berdekatan sementara menunggu rumah yang baru siap dibina. Kota Kinabalu: Mayat seorang wanita ditemui dengan mukanya ditutup baju dalam keadaan busuk dan berulat di kawasan hutan dekat Kampung Tamalang Silou, Inanam di sini, kelmarin.

Mayat tidak diketahui identiti itu ditemui seorang lelaki selepas curiga apabila anjing peliharaan­nya menyalak ketika mencari durian berhampira­n lokasi kejadian, jam 2.30 petang.

Susulan penemuan itu, lelaki berusia 44 tahun terbabit membuat laporan di Balai Polis Inanam dekat sini, jam 5.40 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, susulan laporan itu, sepasukan polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian dan mendapati satu mayat wanita berseluar panjang bertulis ‘SMK Kamabong’, berbaju hitam dan muka ditutup dengan jaket biru muda.

“Keadaan mayat sukar dikenal pasti kerana sudah reput. Lokasi kejadian dalam hutan dan kedudukan mayat di kawasan berair,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Habibi berkata, mayat wanita itu dibawa ke Unit Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubung­i hotline Ibu Pejabat

Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088221191 atau mana-mana balai berdekatan untuk pengecaman mayat,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kebakaran yang memusnahka­n tujuh kediaman di kawasan setinggan
Kampung Pisang.
KEADAAN kebakaran yang memusnahka­n tujuh kediaman di kawasan setinggan Kampung Pisang.
 ??  ?? MAYAT wanita tanpa identiti ditemui dengan muka ditutup baju di kawasan hutan Kampung Tamalang Silou, Inanam.
MAYAT wanita tanpa identiti ditemui dengan muka ditutup baju di kawasan hutan Kampung Tamalang Silou, Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia