Harian Metro

Penempatan guru anak Sabah

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

„ 305 tenaga pengajar terima surat tawaran di seluruh negeri

Seramai 305 guru baharu dan interim dalam kalangan anak Sabah menerima surat tawaran dan penempatan di sekolah rendah seluruh negeri, semalam.

Penempatan itu adalah inisiatif berterusan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam usaha memenuhi Dasar 90:10 sepanjang tiga tahun bermula 2016.

Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pemberian surat tawaran dan penempatan kepada guru terbabit untuk mencapai objektif 90 peratus guru di Sabah adalah anak kelahiran tempatan.

“Status terkini iaitu pada 12 Julai lalu menunjukka­n guru kelahiran Sabah bagi sekolah rendah mencapai 88.75 peratus iaitu 23,273 guru, manakala sekolah menengah mencapai 83.33 peratus iaitu 12,578 guru.

“Ini bererti jumlah keseluruha­n guru kelahiran Sabah adalah 86.77 peratus iaitu 35,851 guru,” katanya dalam ucapan yang disampaika­n Pembantu Menterinya, Jenifer Lasimbang pada Majlis Penyerahan Surat dan Taklimat Penempatan Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan (PPP) di sini, semalam.

Dr Yusof berkata, penempatan itu juga mengambil kira kekosongan jawatan yang diluluskan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan keperluan opsyen di sekolah.

“Kita juga menghargai langkah Kementeria­n Pendidikan membenarka­n JPN Sabah melantik guru interim secara pasaran terbuka dan ini memberi peluang dan ruang kepada anak Sabah mengisi kekosongan jawatan guru di seluruh negeri khususnya di daerah yang sangat memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Jenifer turut meminta guru yang mendapat penempatan di pedalaman bukan hanya menjadi guru di sekolah, tetapi pemimpin bagi komuniti di kawasan masing-masing. “Bagi saya anda bukan saja guru kepada murid, tetapi menjadi pemimpin masyarakat yang jauh di sana. Jadi buat yang terbaik untuk komuniti kerana guru bukan saja membantu meningkatk­an pendidikan, malah dapat memperbaik­i ekonomi mereka.

“Selain itu, terdapat juga anak pedalaman (Asli) Sabah mempunyai masalah dokumen kerana daftar lewat, jadi guru boleh ambil perhatian untuk membantu mereka mendapatka­n dokumen pengenalan diri melalui proses di mahkamah, sekali gus membolehka­n mereka melanjutka­n pelajaran di peringkat menengah,” katanya.

 ??  ?? JENIFER (dua dari kanan) ketika hadir pada Majlis Penyerahan Surat Penempatan Guru Baharu dan Guru Interim di Dewan Tun Sakaran, Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu.
JENIFER (dua dari kanan) ketika hadir pada Majlis Penyerahan Surat Penempatan Guru Baharu dan Guru Interim di Dewan Tun Sakaran, Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia