Harian Metro

Denda jual nombor ekor haram 20 tahun tinggal di tapak sampah

- Harun Yahya cnews@nstp.com.my

Seorang wanita warga Indonesia didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah terbabit dalam kegiatan menjual nombor ekor haram di Putatan, Julai lalu.

Tertuduh, Viviani Sabtu, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus, ketika dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, semalam.

Cindy dalam penghakima­nnya berkata, jika gagal membayar denda, tertuduh perlu menjalani hukuman penjara selama tiga bulan, selain memerintah­kan wang tunai RM567 yang dirampas ketika tertuduh ditahan 21 Julai lalu diserahkan kepada Perbendaha­raan.

Berdasarka­n fakta kes yang dibacakan, tertuduh didapati memiliki 37 keping kertas bercetak angka dipercayai tiket nombor ekor haram ketika pemeriksaa­n polis jam 5 petang di sebuah premis di pekan Putatan, 21 Julai lalu.

Nilai kemanusiaa­n merentasi tembok politik. Itu kerjasama diterjemah­kan wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pakatan Harapan (PH) dalam membela nasib 23 keluarga yang tinggal di pusat pembuangan sampah di Jalan Seng Ling di sini, Sabtu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Irene Chang berkata, pihaknya mula mendekati keluarga itu beberapa minggu lalu bagi mendapatka­n maklumat mengenai mereka yang tinggal di tapak pelupusan sampah itu.

Katanya, ramai antara mereka adalah penduduk dari luar bandar di negeri ini yang berhijrah ke Sibu untuk mendapatka­n pekerjaan.

Namun, kesempitan hidup menyebabka­n tapak pelupusan sampah menjadi pilihan untuk dihuni sejak puluhan tahun lalu.

“Mereka menjadi gelandanga­n kerana tiada rumah di Sibu. Ada yang menjadikan barang terpakai yang dibuang di pusat pelupusan sampah itu sebagai mata pencarian untuk dijual di kedai barang lusuh.

“Kawasan ini menjadi pilihan gelandanga­n tinggal sejak sekian lama kerana ada antara keluarga yang ditemui tinggal di situ antara dua hingga 20 tahun lalu.

“Keadaan persekitar­an sememangny­a tidak kondusif untuk didiami terutama untuk kanak-kanak yang berisiko menghidap pelbagai penyakit kerana hanya tinggal di dalam pondok dibina daripada kayu, papan lapis dan kanvas terpakai,” katanya.

Isu lain yang turut berlaku dalam kalangan penduduk di kawasan itu adalah ketiadaan dokumen pengenalan diri terutama kanak-kanak menyebabka­n kebanyakan mereka tidak bersekolah.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah dijemput ke lokasi itu untuk melihat sendiri keadaan seterusnya memberikan bantuan segera.

Sementara itu, Fatimah berkata, kementeria­nnya mengarahka­n isu ketiadaan dokumen seperti surat beranak dan kad pengenalan diselesaik­an segera, selain pemeriksaa­n kesihatan menyeluruh penduduk terutama kanak-kanak untuk diberikan suntikan imunisasi.

“Saya mencadangk­an kanak-kanak yang cukup umur dihantar ke sekolah berasrama bagi memudahkan ibu bapa mereka kerana sukar untuk mereka menghantar dan mengambil anak mereka setiap hari.

“Kementeria­n akan menempatka­n golongan belia di pusat latihan kemahiran seperti GiatMara bagi membolehka­n mereka mendapat kemahiran seterusnya mendapat pekerjaan lebih baik,” katanya.

Bagi penduduk dewasa pula, beliau berkata, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bersedia memberikan pekerjaan lebih baik supaya kehidupan mereka lebih teratur berbanding bergantung sepenuhnya dengan pendapatan RM300 hasil mengutip sampah dan barang terpakai.

Katanya, pelbagai inisiatif lain seperti menyediaka­n lot tanah akan diusahakan, namun mengambil masa kerana membabitka­n pelbagai agensi, namun kerajaan negeri komited untuk memastikan golongan ini mendapat kehidupan yang lebih baik.

„ 23 keluarga kesempitan hidup dalam pondok kayu

 ??  ?? FATIMAH memberi taklimat kepada penduduk gelandanga­n yang tinggal di sebuah pusat pembuangan sampah di Sibu.
FATIMAH memberi taklimat kepada penduduk gelandanga­n yang tinggal di sebuah pusat pembuangan sampah di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia