Harian Metro

Tingkat perhubunga­n udara

-

Kuching: Kerajaan negeri komited memperting­katkan perhubunga­n udara sebagai platform membangunk­an sektor pelanconga­n di Bumi Kenyalang.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, kerajaan negeri bercadang menghubung­kan bandar raya ini dengan Bangkok dan Jakarta menerusi penerbanga­n terus.

Menurutnya, cadangan itu dalam perbincang­an antara kerajaan negeri bersama syarikat penerbanga­n tambah murah Air Asia dan sekali gus melonjakka­n Kuching sebagai hab penerbanga­n kos rendah.

Beliau berkata, cadangan itu secara tidak langsung membolehka­n pelancong dari kedua-dua destinasi itu berkunjung bukan saja ke Kuching malah merasai pengalaman menarik di seluruh Sarawak.

“Saya yakin Sarawak boleh menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara kerana negeri ini mempunyai pelbagai taman negara dan ekopelanco­ngan berteraska­n budaya, alam sekitar serta pengembara­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Air Pancutan Berirama Darul Hana yang disempurna­kan Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena sambutan hari lahir ke-82 di Tebingan Kuching, malam kelmarin.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata, kerajaan negeri melaksanak­an penambahba­ikan untuk mencantikk­an bandar raya ini antaranya membina air terjun dan Tea

berhampira­n Kubu Magherita.

Katanya, cadangan lain menaik taraf Brooke Dockyard dengan menghubung­kannya terus ke Tebingan Kuching serta kawasan perkampung­an Melayu di bandar raya.

Tebingan Kuching kini menjadi antara lokasi tarikan pelancong ke Kuching untuk merakam kenangan di Jambatan Darul Hana selain persembaha­n Air Pancutan Berirama Darul Hana yang berlatar belakang Dewan Undangan Negeri Sarawak.

 ??  ?? ABDUL Taib menyempurn­akan perasmian Air Pancutan Berirama Darul Hana, semalam.
ABDUL Taib menyempurn­akan perasmian Air Pancutan Berirama Darul Hana, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia