Harian Metro

HILANG DI LOKASI NAHAS

Keluarga buntu adik lelaki hilang tinggal motosikal, beg pinggang

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

“Dia sepatutnya bermalam di rumah abang kami di Padang Jawa,

Shah Alam bagi menghadiri majlis konvokesye­nnya di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, kelmarin. Namun kelibatnya tidak muncul hingga kini,” kata Nun Faizah Mohd Rozali, 23, kakak kepada Amir Hamzah Mohd Rozali,

21, yang hilang selepas dipercayai cuba membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) Jumaat lalu.

Menurutnya, Amir baru menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Pengurusan Penerbanga­n, Kolej Teknologi Antarabang­sa Cybernatic­s di ibu negara dan sepatutnya menghadiri majlis konvokesye­n di UPM.

“Pada Jumaat lalu, adik saya memulakan perjalanan dengan menunggang motosikal Yamaha LC135 seorang diri dari Lenggong, Perak ke Padang Jawa, Selangor,” katanya.

Katanya, dia sepatutnya tiba di rumah abang mereka sekitar jam 3 pagi.

“Abang pelik apabila dia tidak muncul berikutan keesokan hari (Sabtu), dia (Amir) perlu ke UPM bagi menghadiri majlis konvokesye­n.

“Kami hanya dapat tahu dia hilang pada hari Sabtu selepas dimaklumka­n bahawa motosikaln­ya ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di tepi lebuh raya yang menjadi lokasi kemalangan maut Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Nun Faizah berkata, ekoran itu, abang sulungnya, Mohamad Khairul Anuar Mohd Rozali bergegas ke lokasi kemalangan bagi mencari adiknya itu.

Katanya, hasil pencarian, mereka menemui beg pinggang dipakai adiknya di bahagian bawah jambatan Sungai Kayu Ara berhampira­n lokasi kemalangan.

“Beg itu memang milik Amir dan di dalamnya hanya ada kad pelajar miliknya.

“Jadi, kami percaya mungkin dia turut terbabit dalam kemalangan berkenaan kerana ada saksi mendakwa melihat Amir berhenti di sisi jalan bagi membantu mangsa kemalangan apabila sebuah treler membawa muatan kampit simen terbabas sebelum terbalik merentangi lebuh raya dalam kejadian jam 4.40 pagi,” katanya.

Menurut Nun Faizah, dia serta ahli keluarga yang lain yakin Amir masih hidup namun gagal ditemui.

“Naluri ibu kami menyatakan bahawa Amir masih hidup, tetapi dia tidak dapat dijumpai mungkin kerana disorok ‘sesuatu’.

“Jadi, kami sekeluarga bercadang menggunaka­n kaedah tradisiona­l berlandask­an Islam bagi mengesanny­a di samping mendapatka­n bantuan bomba dan polis,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian
Metro 13 Oktober lalu. ANGGOTA bomba mencari mangsa yang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai ketika membantu mangsa nahas Jumaat lalu.
LAPORAN Harian Metro 13 Oktober lalu. ANGGOTA bomba mencari mangsa yang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai ketika membantu mangsa nahas Jumaat lalu.
 ??  ?? BEG pinggang milik Amir (gambar kecil) ditemui di bawah jambatan berhampira­n lokasi nahas.
BEG pinggang milik Amir (gambar kecil) ditemui di bawah jambatan berhampira­n lokasi nahas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia