Harian Metro

Ingat nak niaga mi segera di London

-

Kuala Lumpur: Pelakon

Jaa Suzuran, 24, Eyka Farhana, 23, dan pembantu peribadi mereka berdepan detik cemas apabila ditahan hampir satu jam oleh pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabang­sa Heathrow, London, Sabtu lalu.

“Ketika beratur di kaunter imigresen, tiba-tiba kami ditahan dan disoal siasat mengenai tujuan berada di negara ini.

“Kami menjelaska­n akan menjalani penggambar­an filem dan pihak mereka (imigresen) tanya pelbagai soalan seolah-olah kami pendatang tanpa izin,” kata Eyka.

Isu itu dipercayai berlaku kerana salah faham antara mereka dan pihak imigresen kerana kedua-dua pelakon itu pertama kali berada di negara berkenaan.

Eyka berkata dia ditahan kerana imigresen meragui dirinya sebagai pelakon dan jumlah wang dibawa.

Manakala pembantu peribadi mereka pula ditahan kerana membawa tiga kotak besar mengandung­i mi segera yang dipesan kru produksi.

“Mereka ingat pembantu kami nak berniaga mi segera di sini. Saya pula dipersoal kenapa datang untuk berlakon selepas memberitah­u pekerjaan sebenar sebagai penyampai radio.

“Saya tidak berapa pandai dan apabila mereka tanya macam-macam saya jadi

dan ketawa saja,” kata Jaa pula.

Jaa berkata, selepas berjaya menghubung­i pengarah filem, Rahila Ali dan menjelaska­n situasi sebenar baru mereka dilepaskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia