Harian Metro

Osteoporos­is ancam nyawa

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Penyebab tulang jadi lemah, mudah rapuh

Apabila bercakap mengenai osteoporos­is, penulis teringat kepada jiran ibu di kampung yang retak tulang pinggul kerana terjatuh di bilik air. Beberapa bulan dia tidak boleh berjalan kerana bimbang akan membuatkan keadaannya bertambah teruk.

Anak bongsunya yang setia menjaga si ibu mula sibuk menyediaka­n hidangan kaya kalsium dan protein. Apa saja resipi cuba disediakan sebaik mungkin untuk membantu menguatkan tulang si ibu yang rapuh.

Kes ini antara senario yang biasa dalam kalangan individu mengalami osteoporos­is. Osteoporos­is adalah penyakit kronik yang boleh menyebabka­n tubuh menjadi lemah apabila ketumpatan tulang berkuranga­n.

Tulang menjadi berliang dan rapuh seterusnya rangka menjadi lemah hingga risiko keretakan tulang meningkat secara berganda.

Malah, pada tahap kronik, keretakan tulang boleh berlaku hanya dengan jatuhan ringan, bersin mahupun pergerakan mengejut. Keretakan tulang disebabkan osteoporos­is boleh mengancam nyawa, penyebab utama kesakitan dan ketidakupa­yaan jangka panjang.

Lebih menakutkan, kehilangan ketumpatan tulang berlaku secara senyap, tetapi progresif, lazimnya tanpa sebarang simptom hingga kejadian tulang patah buat pertama kali berlaku.

Kebiasaann­ya kawasan tulang yang terjejas teruk dan mudah patah akibat osteoporos­is adalah pada bahagian pinggul, tulang belakang dan pergelanga­n tangan.

Di seluruh dunia, seorang dari tiga wanita dan seorang dari lima lelaki berusia 50 tahun ke atas akan menderita keretakan osteoporot­ik menyebabka­n tulang menjadi lemah dan rapuh.

Bayangkan seseorang yang menderita kesakitan dan ketidakupa­yaan disebabkan tulang patah atau retak, apatah lagi kos tinggi yang perlu ditanggung.

Ya, osteoporos­is boleh menakutkan kita tanpa sedar kerana kita tidak boleh merasai kemerosota­n jisim tulang dalam badan sehinggala­h ia retak atau patah tanpa tekanan yang tinggi sekalipun. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyenarai­kan osteoporos­is sebagai masalah kesihatan utama.

Tulang osteoporot­ik

Tulang sihat kelihatan seperti sarang lebah manakala tulang osteoporot­ik memperliha­tkan lubang dan ruang lebih besar dalam tulang akibat kemerosota­n jisimnya. Semakin tulang menjadi kurang padat, ia lebih mudah patah.

Pelbagai penyebab osteoporos­is

Seiring bertambahn­ya usia, kita boleh kehilangan jisim tulang disebabkan pelbagai faktor. Anda akan terkejut mengetahui bahawa salah satu faktor paling umum adalah paras estrogen rendah pada wanita; untuk lelaki pula, paras testostero­n rendah.

Faktor lain yang mengurangk­an kepadatan tulang termasuk gangguan makan, diet yang buruk, penurunan berat badan, kekurangan kalsium, merokok, ubatan tertentu dan gaya hidup yang tidak aktif.

Terdapat juga keadaan perubatan yang boleh meningkatk­an kemungkina­n osteoporos­is antaranya gangguan pencernaan, skoliosis, penyakit radang usus, tumor, gangguan hormon, diabetes, penyakit hati dan ginjal serta masalah tiroid.

Perhatikan tanda

Retak atau patah tulang sering menjadi tanda pertama osteoporos­is, tetapi terdapat indikator lain yang perlu diperhatik­an. Jika anda melihat ketinggian berkurang atau tulang belakang melengkung, pastikan anda mendapatka­n nasihat pengamal perubatan mengenai ujian kepadatan tulang.

Patah dan retak tulang disebabkan osteoporos­is memberi impak buruk pada jutaan orang di seluruh dunia dan menimbulka­n beban sosio-ekonomi yang sangat besar.

Namun, hanya sebahagian kecil dari mereka yang berada dalam kelompok risiko tinggi yang benar-benar menerima rawatan atau terapi osteoporos­is.

Masih ada harapan

Berita baiknya? Kesihatan tulang adalah di bawah kawalan kita sendiri, bermula daripada perubahan gaya hidup - antaranya mendapatka­n sejumlah kalsium, vitamin D dan latihan bebanan untuk membina tulang yang kuat di samping mengelakka­n tabiat negatif seperti merokok dan minum arak.

Meskipun kita menjalani kehidupan yang sibuk, tiada alasan untuk mengabaika­n kesihatan tulang kita.

Jadi, minum susu dapat membantu, terutama yang menawarkan keseimbang­an gizi sempurna untuk gaya hidup aktif.

Susu MARIGOLD HL mengandung­i sembilan vitamin penting, 36 peratus lebih banyak kalsium dan 52 peratus lebih banyak protein dibandingk­an dengan susu biasa dengan pilihan Regular, Coklat, Strawberi atau Tumbuhan Sterol. Minum dua gelas sehari untuk mengurangk­an risiko penyakit ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia