Harian Metro

Cabaran Mawar Murni

-

Individu bertanggun­gjawab urus produksi lesap sehingga jadual penggambar­an jadi kelam-kabut

luaran, dunia hiburan kelihatan indah dan berwarna-warni bagaikan jaluran pelangi yang tersangat cantik, namun hakikat sebenarnya penuh cabaran yang kadangkada­ng menggugat kesabaran dan kekuatan mental.

Inilah yang dilalui penerbit Sha's Media

Sdn Bhd, Shariffa Zainab Syed Wadzid Ali apabila menerbitka­n drama bersiri 15 episod berjudul Mawar Murni mengisi slot Samarinda di TV3.

Drama arahan Hashim Rejab yang dibarisi pelakon seperti Wan Nor Azlin, Ridzuan Hashim, Fasha Sandha, Saharul Ridzwan, Amar Asyraf dan Mimi Lana itu kini ditayangka­n setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam.

Skrip Mawar Murni hasil nukilan Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil dan Dr Mohd Shahremy Ikmal.

Shariffa berkata, cabaran pembikinan drama itu bermula apabila orang yang dipertangg­ungjawab menguruska­n produksi itu hilang entah ke mana menyebabka­n jadual penggambar­an menjadi kelam-kabut. Malah, ada babak yang tidak lengkap sehingga terpaksa dilakukan penggambar­an semula.

“Saya terpaksa ambil orang baru untuk menguruska­n produksi dan pastinya ada tambahan kos. Mujur Hashim dapat menangani setiap masalah yang timbul dengan baik dan barisan pelakon yang profesiona­l,” katanya.

Menurut Shariffa, apabila bercerita untung rugi menerbitka­n drama, dia terpaksa ‘telan’ kerana dia menjadi penerbit disebabkan minat yang mendalam.

Sementara itu, Hashim berkata, Mawar Murni mengisahka­n dendam dalam keluarga hasil perkahwina­n lebih

 ??  ?? HASHIM (duduk kiri) bersama barisan pelakon dan kru drama Mawar Murni.
HASHIM (duduk kiri) bersama barisan pelakon dan kru drama Mawar Murni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia