Harian Metro

LES BLEUS TENANG

- Reuters

Paris

Dua jaringan Antoine Griezmann memastikan juara dunia Perancis bangkit daripada ketinggala­n satu gol untuk mengatasi Jerman 2-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Stade de France, semalam.

Penyerang 27 tahun itu memadamkan jaringan penalti disempurna­kan Toni Kroos dengan tandukan minit ke-62 sebelum meledak gol kemenangan Perancis melalui sepakan penalti, sekali gus menutup peluang buat pelawat mara ke separuh akhir.

“Inilah perbezaan antara pasukan yang mempunyai keyakinan tinggi berbanding pasukan seperti Jerman yang kurang keyakinan dan mungkin juga kurang berkesan,” kata pengendali Perancis Didier Deschamps.

“Tiada apa yang lebih baik untuk pasukan saya, pemain-pemain saya, berbanding ini. Vitamin terbaik ialah kemenangan dan malam ini (semalam) kami mengharu- ngi perlawanan sukar berdepan pasukan yang sukar.”

Perancis mendahului kedudukan Kumpulan 1 Liga A dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan, diikuti Belanda yang mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan dan Jerman satu mata.

Jerman melakukan lima pertukaran ke atas pasukan yang tewas kepada Belanda 0-3 Sabtu lalu, dan ia memberikan impak positif walaupun berakhir dengan mencatat kekalahan keenam tahun ini.

“Kami tidak sepatutnya kecewa selepas persembaha­n seperti itu malam ini,” kata pengendali Jerman Joachim

>>Jerman tewas di tangan Belanda 0-3 Sabtu lalu „ Griezmann watak utama kebangkita­n Perancis atasi Jerman

Loew yang terus mendapat tekanan selepas kegagalan pasukannya di Piala Dunia Jun lalu.

“Kami setanding dengan juara dunia dan kami seharusnya menjaringk­an gol kedua pada babak pertama. Tetapi Perancis mempunyai kualiti dan menjaringk­an dua gol daripada beberapa peluang yang ada.”

Selepas tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia Russia, Jerman, juara dunia pada tahun 2014, masih tercari-cari kemenangan pertama dalam kejohanan Liga Juara-Juara

UEFA.

 ??  ?? WILSON (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.
WILSON (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.
 ??  ?? GRIEZMANN (kanan) diasak pemain Jerman, Joshua Kimmich semalam.
GRIEZMANN (kanan) diasak pemain Jerman, Joshua Kimmich semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia