Harian Metro

Mati diserang buaya

-

Daro: Seorang wanita ditemui mati di Kampung Sawai, di sini, jam 12 tengah hari semalam, akibat diserang buaya dengan kesan gigitan reptilia itu ditemui di badan serta mukanya.

Mayat Maznah Moh,

39, ditemui penduduk kampung yang mencarinya selepas wanita itu hilang ketika menjala udang di sungai kampung berkenaan jam 9 pagi semalam.

Sumber berkata, kehilangan mangsa disedari selepas penduduk menemui perahu dinaiki wanita berkenaan hanyut di sungai berkenaan.

Katanya, penduduk yang bimbangkan keselamata­n mangsa keluar beramairam­ai mencarinya di sungai berkenaan.

“Ketika perahunya ditemui hanyut, penduduk tidak menemui jala dan mereka mula syak mangsa mungkin ditimpa masalah.

“Akhirnya, mayat mangsa ditemui dengan badan serta mukanya ada kesan gigitan buaya,” katanya.

Menurut sumber, mangsa memang sudah biasa menjala udang bersendiri­an di sungai berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 12.15 tengah hari.

“Bagaimanap­un, anggota bomba hanya melakukan pemeriksaa­n selain membantu jika diperlukan oleh keluarga mangsa.

“Ketika anggota bomba tiba, mayat mangsa sudah dibawa keluargany­a ke rumah untuk urusan pengebumia­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia