Harian Metro

Kes wanita mati tiada unsur jenayah

-

Kota Kinabalu: Polis menafikan wujud unsur jenayah berhubung mayat wanita yang ditemui dengan mukanya ditutup baju dalam keadaan busuk di kawasan hutan Kampung Tamalang Silou, Inanam, dekat sini, pada akhir minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.

“Begitu juga dengan bedah siasat dilakukan, tiada unsur jenayah berlaku,” katanya ketika ditemui selepas Program Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Stor Barang Kes Berpusat Kontinjen Sabah,Kepayan, di sini, semalam.

Pada 14 Oktober lalu, mayat wanita berusia 20-an ditemui dengan mukanya ditutup baju dalam keadaan busuk dan berulat di kawasan hutan Kampung Tamalang Silou, Inanam, pada jam 2.30 petang.

Susulan penemuan itu, tular di media sosial yang kononnya wanita berkenaan dirogol dan dibunuh.

Habibi berkata, pihaknya masih mengesan ahli keluarga wanita terbabit bagi mengenal pasti identitiny­a.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubung­i IPD Kota Kinabalu di talian 088-221191 atau mana-mana balai berdekatan untuk pengecaman mayat. Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mengulas mengenai program pelupusan barang kes, Habibi berkata, pelupusan itu membabitka­n peralatan pelbagai jenis barangan elektronik sebanyak 1,380 unit yang dirampas polis Kota Kinabalu dari tahun 2002 hingga 2014.

“Antaranya monitor dan unit pemprosesa­n komputer (CPU), masing-masing sebanyak 395 unit, mesin judi (25 unit), mesin pencetak (8 unit), tetikus (272 unit) dan papan kekunci (284 unit) dengan keseluruha­n rampasan bernilai RM316,000,” katanya.

 ??  ?? HABIBI (tengah) pada sidang media selepas Program Pelupusan Barang Kes IPD Kota Kinabalu, semalam.
HABIBI (tengah) pada sidang media selepas Program Pelupusan Barang Kes IPD Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia