Harian Metro

10 kontena menggelong­sor

-

Georgetown: Dua maut, seorang cedera manakala 10 lagi pekerja binaan dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.56 tengah hari itu, antara enam hingga 10 kontena didiami pekerja binaan terbabit menggelong­sor berikutan runtuhan tanah, dipercayai berikutan hujan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saadon Moktar berkata, mangsa yang maut adalah seorang lelaki warga Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanap­un, beliau berkata, status kewarganeg­araan mangsa lelaki yang cedera di kaki masih belum dikenal pasti dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Ketiga-tiga mangsa ditemui di kawasan berhampira­n dan tertimbus di bawah kontena. Mereka dipercayai mendiami kontena sama. Malah, longgokan tanah di kawasan ini adalah setinggi 5 meter.

“Semua kontena ini menggelong­sor kira-kira 50 meter dari lokasi asal, iaitu di kawasan lapang di tengah-tengah lereng bukit,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga gagal mengenal pasti jumlah sebenar kontena di situ kerana struktur berkenaan musnah sepenuhnya.

“Sepuluh lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan ini dengan tiga daripadany­a disahkan dua lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Myanmar,” katanya.

Minggu lalu, sebahagian rasuk konkrit projek pembinaan lebuh raya itu runtuh apabila kren yang mengangkat kepingan plat keluli terkena struktur terbabit.

Projek bernilai RM545 juta itu adalah laluan alternatif menghubung­kan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul dijangka siap Mac 2020, setahun lewat daripada jangkaan asal.

Saadon berkata, pihaknya menunggu bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengenal pasti lokasi tepat mangsa yang masih tertimbus.

“Kami mengalami kesukaran mencari mangsa kerana struktur tanah dan Operasi menyelamat (SAR) akan berjalan secara berterusan bergantung kepada keadaan cuaca dan pencahayaa­n.

“Seramai 145 anggota pelbagai agensi terbabit dalam operasi ini, masing-masing 30 anggota JBPM negeri, manakala 69 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dari Perlis dan Kedah, polis (35) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (24),” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menzahirka­n rasa sedih dan dukacita dengan kejadian berkenaan.

“Ia cukup menyakitka­n kerana ada lagi mangsa terkorban dan aspek keselamata­n perlu dipertingk­atkan.

“Keadaan cuaca tidak menentu dan pengairan di lereng bukit dipercayai punca kejadian ini,” katanya.

 ??  ?? JENGKAUT digunakan untuk menggali tempat berkemungk­inan mangsa tertimbus.
JENGKAUT digunakan untuk menggali tempat berkemungk­inan mangsa tertimbus.
 ?? FOTO: MIKAIL ONG DAN SHAHNAZ FAZLOEE SHAHROEZ ?? ANGGOTA bomba membawa keluar mayat mangsa tertimbus.
FOTO: MIKAIL ONG DAN SHAHNAZ FAZLOEE SHAHROEZ ANGGOTA bomba membawa keluar mayat mangsa tertimbus.
 ??  ?? WANITA dipercayai ahli keluarga mangsa ditenangka­n ketika hadir di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, semalam.
WANITA dipercayai ahli keluarga mangsa ditenangka­n ketika hadir di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, semalam.
 ??  ?? PASUKAN penyelamat menuruni bukit curam untuk ke tempat kejadian.
PASUKAN penyelamat menuruni bukit curam untuk ke tempat kejadian.
 ??  ?? MANGSA yang terselamat diberi bantuan kecemasan di dalam ambulans.
MANGSA yang terselamat diberi bantuan kecemasan di dalam ambulans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia