Harian Metro

Pemandu warga asing berani, degil

-

Kuala Lumpur: Degil dan ambil mudah malah tidak gentar dikenakan tindakan menyebabka­n warga asing berani memandu kenderaan di jalan raya negara ini meskipun tidak memiliki lesen sah.

Sikap pemandu warga asing itu diakui Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Shaharuddi­n Khalid.

Beliau berkata, dalam operasi penguatkua­saan dijalankan JPJ turut menahan pemandu warga asing yang tidak memiliki lesen atau permit antarabang­sa tamat tempoh.

Shahruddin berkata, peringatan diberikan kepada warga asing supaya memohon lesen memandu yang diiktiraf jabatan itu dalam tempoh setahun bagi melayakkan mereka mengendali­kan kenderaan di jalan raya di negara ini.

“Menerusi operasi dan sekatan jalan raya itu mendapati terdapat warga asing masih menggunaka­n permit antarabang­sa walaupun tamat tempoh.

“Mereka tidak gentar apabila dikenakan tindakan menyebabka­n JPJ mengambil langkah optimum dengan melakukan sekatan jalan raya lebih kerap bagi memastikan warga asing tidak mengulangi kesalahan sama.

“Kes membabitka­n seorang wanita yang dilanggar dan diseret di Cyberjaya, malam Rabu lalu, kami akan melakukan siasatan terperinci bagi memastikan dia (pemandu) mempunyai dokumen sah atau sebaliknya sebelum tindakan diambil,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, beliau berkata, warga asing hanya dibenarkan menggunaka­n lesen antarabang­sa untuk tempoh setahun saja dan selepas tempoh itu mereka perlu membuat permohonan baharu mengikut sistem dan prosedur ditetapkan JPJ.

“Kebiasaann­ya, warga asing yang mempunyai lesen yang dikeluarka­n negara asal hanya boleh memandu di negara ini apabila memiliki permit antarabang­sa.

“Selepas tempoh setahun, jika mereka masih lagi menetap di negara ini dan mahu memandu kenderaan perlulah mengikuti kelas di institut memandu termasukla­h latihan amali tanpa sebarang pengecuali­an,” katanya.

Sementara itu Menteri Pengangkut­an Anthony Loke ketika dihubungi Harian Metro memaklumka­n akan mendapatka­n maklumat terperinci sebelum mengeluark­an kenyataan mengenai kejadian terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia