Harian Metro

DESAKAN HUTANG

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

„ Perancang rompakan jalani hukuman penjara lapan tahun kini insaf

“Saya nekad merompak pada tahun 2013 selepas enam bulan menunggu bayaran lebih RM300,000 upah menyiapkan beberapa projek yang diberikan,” kata Salim, 37, bukan nama sebenar.

Menurutnya, dia perancang utama bersama tiga individu termasuk seorang wanita melarikan wang tunai lebih RM40,000 termasuk kira-kira dua kilogram (kg) pelbagai barangan kemas milik isteri lelaki terbabit.

Dia yang kini sedang menjalani hukuman penjara lapan tahun dan lapan sebatan berkata, terdesak dengan hutang yang banyak menyebabka­nnya bertindak melakukan rompakan bersenjata­kan parang.

Sebagai perancang utama, menurutnya, dia bertindak membawa tiga individu membabitka­n dua lelaki Thailand dan bekas kerani syarikat miliknya untuk melakukan jenayah terancang itu.

“Dalam masa kira-kira 10 minit, kami berempat yang bersenjata­kan parang berjaya melakukan jenayah dengan membawa pulang wang tunai dan barangan kemas.

“Kepuasan

mendapat hasil rompakan yang dikongsi bersama tidak kekal lama apabila hanya dalam masa beberapa minggu saja polis berjaya mengesan kami,” katanya di sini, semalam.

Dia yang kini menjalani hukuman di Pusat Reintegras­i Kem Batu 10 di sini berkata, hanya dia dan bekas kerani syarikat miliknya ditahan polis manakala dua lelaki Thailand yang turut terbabit difahamkan masih bebas.

Salim berkata, desakan terhadap hutang menjadi pendorong kuat dia menjadi dalang rompakan bersenjata itu kerana mahu membayar gaji pekerja dan tunggakan bayaran barangan binaan sehingga tergamak melakukan jenayah.

“Saya menyesal melakukan kesalahan hingga menyebabka­n terpaksa meringkuk dalam penjara selama lapan tahun dan lebih parah apabila dikenakan lapan sebatan yang hingga hari ini kesakitann­ya masih terasa.

“Kini saya bukan saja berstatus banduan tetapi lebih menyedihka­n rumah tangga yang dibina dan memperoleh dua anak kini hancur berkecai,” katanya yang akan dibebaskan tujuh bulan lagi.

Sementara itu, bagi Dollah, 35, bukan nama sebenar berkata, akibat mabuk menyebabka­nnya bertindak ganas merogol bekas kekasihnya warga Filipina yang turut mabuk dalam kejadian pada 2016.

“Ketika kejadian saya belum memeluk Islam...walaupun dilahirkan dalam keluarga India namun disebabkan kebebasan apa juga yang terlintas di hati dilakukan dengan mudah.

“Saya dikenakan hukuman penjara selama enam tahun dan dua sebatan kerana kesalahan merogol dan ternyata hukuman yang diterima memberi sinar untuk saya memeluk Islam dua tahun lalu ketika berada di Penjara Sungai Udang, Melaka.

“Hati saya kini tenang apabila dapat melakukan solat dan semua yang dituntut Islam, saya tidak sabar menunggu untuk dibebaskan tahun hadapan,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Dollah berkata, didikan agama yang disediakan pihak penjara dan Pusat Reintegras­i Kem Batu 10 dapat menguatkan lagi keimananny­a terhadap ajaran Islam bagi menjadi muslim sejati yang patuh pada Islam.

 ??  ?? MOHD Rani bertemu Salim (kanan) dan Dollah (kiri) di Pusat Reintegras­i Kem Batu 10.
MOHD Rani bertemu Salim (kanan) dan Dollah (kiri) di Pusat Reintegras­i Kem Batu 10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia