Harian Metro

SUSPEK SERAH DIRI

- Jalal Ali Mohd Abdul Rahim cnews@nstp.com.my

Seorang daripada dua suspek yang ditahan berhubung kes pukul dan baling objek kepada pekerja stesen minyak Petronas di Sungkai, 6 Oktober lalu mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, lelaki berusia 40 tahun itu mempunyai rekod mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) iaitu kes mencederak­an orang.

Beliau berkata, suspek berkenaan ditahan di Sri Sentosa, Batu 6, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur jam 9.45 malam kelmarin.

Katanya, lelaki itu adalah tangkapan pertama kes amukan kumpulan motosikal di stesen Petronas Sungkai yang disiasat mengikut Seksyen 147 KK kerana merusuh.

“Suspek ada rekod lampau mengikut Seksyen 324 KK iaitu mencederak­an orang. Suspek terbabit sudah direman selama empat hari mulai kelmarin,” katanya semalam.

Yahya berkata, tangkapan kedua suspek berusia 25 tahun yang juga seorang peniaga berasal dari Cheras, Kuala Lumpur, pula dibuat pada jam 4.25 petang, kelmarin.

“Suspek serah diri dengan peguam di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Tapah.

“Reman ke atasnya akan dimohon pagi ini.

“Pihak polis meminta rakan (suspek) yang lain tampil ke IPD Tapah atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian pukul yang menjadi viral itu menunjukka­n mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki termasuk yang memakai topi keledar dari dalam stesen berkenaan sebelum dipukul hingga terjatuh dan dibaling objek pada jam 12.45 tengah hari.

Menurut laporan polis dibuat mangsa yang turut menjadi viral, mangsa berusia 24 tahun, tinggal di Kampung Changkat Sulaiman, dekat sini, mendakwa, seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan mahu mengisi minyak di pam bernombor enam namun tidak memaklumka­n jenis minyak RON97 yang mahu diisi menyebabka­n dia diberikan RON95.

Berdasarka­n laporan itu, lelaki berkenaan tidak berpuas hati walaupun mangsa mendakwa sudah meminta maaf namun tidak diendahkan lalu kumpulan lelaki berkenaan menarik mangsa keluar dan seorang daripada mereka memukul dan membaling air tin ke arah mangsa.

Mangsa kemudian membuat laporan polis mendakwa mengalami kesakitan di beberapa anggota badannya

 ??  ?? SUSPEK direman empat hari mulai kelmarin.
SUSPEK direman empat hari mulai kelmarin.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 17 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro 17 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia